Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...

MINI TART...BLUEBERRY CHESSETART 'N' EGG ROYAL TART

Wednesday, April 28, 2010
My first mini tart...blueberry chessetart
melt in mouth...yummy
At last with shining...egg royal tart.
Thanks to cik yann who encourage me and always support me and with humble here egg royal tart for everyone..

Suram



Hari ni dan hari2 lepas terasa begitu berat sekali untuk melakukan aktiviti yang digemari oleh diri ini...walaupun berat sebagaimanapun sekalipun masak untuk santapan individu2 yang menunggu juadah jualan khasnya tetap mama buat terutama juga tempahan...keadaan kesihatan yang sehari 2 ni tidak seberapa mengizinkan..namun harapan semoga semangat masak memasak tetap boleh diteruskan seperti hari2 dulu,demi anak2 DAN SEPERTI CERIANYA GUBAHAN BUNGA INI.....Kepada sesiapapun dan mereka terima kasih atas sokong dan maaf atas kekurangan yang ada, semoga Allah selalu disamping ku...Amin

KEK BITHDAY ADIB

Monday, April 26, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO YOU...


HAPPY BIRTHDAY TO YOU...


HAPPY BIRTHDAY TO YOU...


HAPPY BIRHDAY HAPPY BIRTHDAY HAPPY BIRTHDAY TO YOU...ABANG ADIB!!!

HAPPY BIRTHDAY ADIB








Syukur alhamdulillah for celebreting adib birthday,kak ton sudi dan bersusah payah bertandang ke rumah mama dan siap bawa sate serta juadah yang lain lagi.Terima kasih k.ton...terima kasih daun keladi..hehehe

CUP CAKE 4 u ; ADIB





Hari ni mood nak bercup cake sempena hari kelahiran Muhammad Adib Akmal Bin Azzihan.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 9 ;
Abah,Mama dan adik Beradik Abang yang lain Sayangkan Abang Banyak lebih dari beribu-ribu lemon.

25Hb April adalah hari jadi anak mama Muhammad Adib Akmal...9 tahun lepas hari yang sama mama tengah sakit perut nak bersalinkan anak mama ni.beratnya 4kg tapi bsalin normal.dalam semua pengalaman bersalin kali ini la mama sakit agak lama...rupa2nya dek kerana agak besar, bahunya sangkut...alhamdulillah,mama harap pada Adib mama,walaupun mama selalu marah kalau Adib buat salah tapi mama sayang kan Adib dan berharap agar 'Abang berjaya dalam hidup dan menjadi insan yang cemerlang dan terbilang'.

BUNGA BUNGAaN MAMA

Saturday, April 24, 2010

Ada masa bila tak memasak di dapur,mama ada juga menerima tempahan menggubah bunga tapi takat untuk kekawan je la.Kasihan seorang teman ni dia dh tempah bunga hampir beberapa minggu dah tapi dek kerana terlalu sibuk kt dapur maka baru hari ni baru la dia menerima gubahan bunga untuk atas meja kopi.Tq N sorrryy....

LAUK PAUK

Alahai gambar tak serapa jelas la pula...ini lauk ikan masak kicap kegemaran anak2,senang dibuat terutama time goreng ikan bnyk...pastu tk habis.nk panaskan tk sedap so buat sos kicap masuk je ikan tu...
Hari ni liat betul nak masuk dapur...tak berapa rajin nak masak...hehehe.tapi my hubby nak makan sup ayam dan labu putih.tak pernah masak pun sebelum ni.katanya sedap betul isi labu bila dimasak brsama sup ayam...cam biasa kita masak sampai dapat...ngeee.

Bahan :

setengah ekor ayam (potong sederhana)
setengah labu air yang saiz sederhana(kupas,potong kiub sederhana)
Setengah labu bawang putih
selabu bawang besar
2 sudu makan stok ayam
1/2 inci halia(ketuk)
Gula garam secukup rasa
Tomato dan cili merah sebagai hiasan
minyak untuk menumis..

Caranya :

1.Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik baunya
masukan isi ayam dan tambah air.
2.Masukkan ayam dan tunggu sampai empuk.
3.Tambah gula garam,stok ayam dan halia.then baru msukkan labu air.
4.Setelah kelihatan labu agak empuk,ttup api dan msukkan la tomato n cili merah.
5.Hidang bersama nasi panas2...

Selamat Mencuba!

NASI HIMPIT KELATE N KUAH KACANG


A)Bahan nasi :
2cawan beras
plastik (sz 1kg gula)

Caranya:
1.Basuh dan masukkan beras dalam plastik trsebut,seal dgn api lilin.
2.Rebus dengan air yang bnyk hingga beras benar2 masak.
*lebih baik masak dalam kuantiti yang banyak...jimat gas....;-)


B)Bahan Kuah @Sambal Kacang:
1cwn kcg tnh(goreng tnpa mnyak n tumbuk ksar)
sekeping gula melaka(nise)
secawan air asam jawa
1/2 inci lengkuas(dititik)
santan pekat dari sebiji kelapa(2 cawan)
garam gula secukup rasa

*bhn kisar A;
15 tangkai cili kering
1/2 inci halia
7 ulas bwang merah
2 ulas bawang putih
2batang serai

*kisar kering B;
1/2 st jintan putih
1/2 st jintan manis

Cara membuatnya :
1.Tumis bhn kisar A sehingga garing dan msukkan bhn kisar B.
2.setelah naik bau msukkan semua bhn selebihnya.
3.agak sebati dan pekat dan kuah kelihatan berwarna agak gelap dan berkilat boleh la diangkat.

CAKE WITH LARGE PORTION

Friday, April 23, 2010







NASI TOMATO

Wednesday, April 21, 2010


EVERYONE CUP CAKE ON LIST

Tuesday, April 20, 2010



choc chesse cup cake






special choc cupcake

yum yummy cup cake

Hari ni takda apa2 nak buat tapi dalam fikiran banyak betul yang nak dibuat...kalau tak mula dari sekarang sampai bilapun malas nk bergerak rasanya...anak2 selalu minta mama diaorang buat kan cup cake tapi masa tk mengizinkan...jadi hari ni saja la merajinkan diri untuk makan petang.tapi macam buttercreme mama terlebih gula la pulak...tk smooth.harap semua yang bertandang sukakan deco nya itu...deco percubaan...hehehe,lulus tk ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails