Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...

Cheese Cake With Ganache

Monday, December 6, 2010
Kek Cheese yang dihisi dengan ganache...Lapisan dalamnya adalah kek ala indulgance but with cheese cream filling...


SUdah siap diikat unuk dihantar kepada tuan nya...Alhamdulillah mereka sangat menyukainya sesangat...

Bekas Permaisuri Saman Uncle Seekers

Saturday, December 4, 2010
Ini sambungan dari cerita yang dulu...mama ni lambat la sikit dalam hal-hal macam ni...

KUALA LUMPUR: Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman mengemukakan writ saman memohon injunksi terhadap Syed Abdullah Hussien Al-Attas dan bapanya, Syed Hussien Al- Attas di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang kelmarin bagi menghalang mereka menyebar atau menerbitkan sebarang bentuk maklumat berkaitan rawatan dijalaninya sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis dalam blog, akhbar, buku, majalah, laman web atau risalah.

Peguam beliau, T Gunaseelan dan Anthony Sebastian pada sidang media di sini semalam berkata, Mahkamah Tinggi menetapkan 22 Disember ini bagi perbicaraan kes berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Aishah berkata, lebih kurang Jun lalu, beliau meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantu merawat masalah tekanan emosi yang dialaminya selepas defendan pertama mendakwa boleh mengubati masalah seperti itu.
Siti Aishah berkata, antara persetujuan di antaranya dan Syed Abdullah ialah beliau (Syed Abdullah) akan dibayar untuk perkhidmatannya dan bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi membabitkan Siti Aishah sepanjang proses rawatan berlangsung dan tidak mengeksploitasi dirinya dalam sebarang bentuk.

Pada November 2010, Syed Abdullah dalam blognya iaitu www.uncleseekers.blogspot.com mendedahkan apa yang dikatakan sebagai komunikasi antara saya dengannya ketika saya menjalani rawatan terbabit.

Antara butir pendedahan itu ialah gambar yang menunjukkan saya dan defendan, gambar rumah dan keluarga saya serta perkara yang diberitahu oleh saya kepada beliau, katanya.

Siti Aishah berkata, sebuah akhbar tabloid pada 27 November lalu menyiarkan artikel mengenai perbualannya dan Syed Abdullah selain memaparkan gambar dirinya dengan defendan pertama dan bapanya serta ahli keluarga masing-masing.
Keratan akhbar itu mendedahkan perkara yang berkaitan dengan hubungan profesional antara saya dan Syed Abdullah sedangkan beliau mengetahui kewajipannya untuk merahsiakan segala komunikasi antara kami berdua dan segala maklumat saya yang diketahui ketika mengubati saya.

Syed Hussien (defendan kedua) juga mengetahui bahawa Syed Abdullah memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat berkenaan kepada beliau (Syed Hussien), katanya.

Siti Aishah berkata, Syed Hussien juga memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat itu kepada akhbar itu manakala Syed Abdullah di dalam blognya mengugut untuk menerbitkan sebuah buku berkenaan hubungan mereka, menyebabkan beliau rasa dihina dan mengalami gangguan emosi yang teruk akibat pendedahan itu.

Sehubungan itu, Siti Aishah memohon supaya kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, teladan dan kos lain yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Sementara itu Gunaseelan berkata, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers mendakwa dirinya sebagai pengkaji aktiviti paranormal dan berkelayakan untuk mengubati mana-mana individu yang mengalami gangguan emosi atau tekanan mental manakala defendan kedua iaitu Syed Hussein pula lebih dikenali sebagai penulis buku genre politik.

Ini ialah kali pertama injunksi seperti ini, iaitu perlanggaran maklumat sulit (breach of confidentiality) difailkan di Malaysia dan ia difailkan atas arahan Siti Aishah sendiri kerana kedua-dua defendan telah mendedahkan maklumat sulit yang seharusnya dirahsiakan.

Tindakan ini dilakukan selepas pihak kami mendapati wujud unsur ugutan di dalam blog defendan pertama iaitu kenyataan beliau bahawa sebuah buku mengenai dirinya dan Siti Aishah akan diterbitkan untuk bacaan umum, katanya.

Beliau berkata, Syed Abdullah menerima writ saman itu pada jam 3.45 petang semalam di kediamannya di Janda Baik, Pahang manakala writ saman ke atas bapanya tidak dapat diserahkan kerana defendan kedua berada di Melaka ketika ini.



sumber : www.bharian.com

BIRTHDAY CAKE - VANILLA

Ada kawan bertanya kenapa mama tak pernah buat skirt kat kek....?Mama tanya dia balik...nape jugak nak mama pakai kek tu skirt,yang pendek ke yang kembang punya?

Kalau dah buat kek main buat je...tak berguru ini lah jadinya...manalah mama tau kek pakai skirt pula lo ni...yang mama tau pompuan eak eak je yang pakai skirt...huhu

Kebetulan ada repeat oder dari Pn.Norita so mama pun pakai la kan kek ini skirtnye...amacam geng jadi idok mama punya skirt...tempahan last sekali sebelum balik bercuti.Lambat post tak reti guna lap top orang lain...;-)

RED VELVET CAKE

Ehsan google


Bahan-bahan kek (untuk dua acuan kek diameter 8"):

1 cawan lelemak sayur-sayuran (shortening)
2 biji telur
1 ½ cawan gula
1 sudu serbuk koko
¼ cawan pewarna merah
1 sudu teh ekstrak vanila
1 sudu baking soda
1 sudu teh garam
2 ½ cawan tepung serbaguna
1 biji cawan mentega susu (boleh diganti dengan 1 cawan susu + 1 sudu perahan lemon atau cuka)

Bahan-bahan frosting (krim):
2 cawan susu
6 sudu tepung serbaguna
½ cawan shortening atau mentega
1 sudu teh esen vanila
¼ sudu teh ekstrak badam
1 cawan gula
Kelapa parut kering secukupnya untuk hiasan
Hirisan badam secukupnya untuk hiasan

Cara penyediaan:

Untuk kek:

Potong shortening kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk tahan panas. Masukkan mangkuk tersebut ke dalam microwave selama 1 minit pada suhu 350°F untuk mencairkannya.

Keluarkan mangkuk berisi shortening cair dari microwave. Masukkan telur dan gula. Putar hingga mesra.

Masukkan pewarna merah dan serbuk koko di dalam cawan penyukat. Kacau sehingga serbuk koko larut sepenuhnya. Masukkan campuran pewarna dan koko ini ke dalam adunan shortening tadi. Masukkan juga vanilla, baking soda dan garam. Putar hingga mesra.

Teruskan putaran. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan mentega susu (atau gantian susu dan lemon) sehingga habis dan tiada ketulan.

Agihkan adunan kepada dua loyang kek berdiameter 8 inci. Gunakan sudu untuk meratakan bahagian atas kek. Masukkan adunan kek ke dalam ketuhar pada suhu 350°F selama 30 minit atau sehingga masak. Uji dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak.

Sementara menunggu kek masak, sediakan frosting (krim).

Satukan susu dan tepung di dalam periuk. Panaskan atas api sederhana besar sambil dikacau sehingga adunan menjadi likat seperti gam. Tutup api dan sejukkan pada suhu bilik.

Setelah adunan agak sejuk pada suhu bilik, masukkan shortening atau mentega sedikit demi sedikit sambil diputar. Setelah selesai, masukkan vanila, ekstrak badam dan gula. Putar hingga mesra. Anda akan mendapat satu adunan yang cair. Masukkan adunan ini ke dalam peti sejuk untuk menjadikannya kental.

Setelah kek masak, keluarkan kedua-dua kek dari ketuhar dan biarkan sejuk pada suhu bilik anggaran selama setengah jam.

Keluarkan kedua-dua kek dari loyang dengan berhati-hati. Potong melintang permukaan kek yang melengkung untuk mendapatkan permukaan yang rata. Lakukan pada kedua-dua kek.

Letakkan satu lapis kek pada pinggan kek sebagai lapisan bawah. Sapukan sebahagian frosting pada permukaan kek tesebut. Tutup lapisan tersebut dengan kek lagi satu dengan permukaan yang telah dipotong pada bahagian bawah.

Sapukan frosting pada keseluruhan permukaan atas dan kelililing kek. Hiaskan dengan taburan kelapa kering pada permukaan atas dan hirisan badam pada keliling kek.

Sedia untuk dihidangkan.

KEK LUMUT SARAWAK

Semalam mama ke rumah seorang teman...dah lama betul tak jumpa...rindu betul.Dah lama tak jumpa apa lagi berborak sakan la kami..Massa makn-makan dia keluarkan kek yangh warna hijau dan bila dimakan ,betul2 sedap...masih teringat-ingat kesedapan nya itu sampai la ni...ngeee

Mama apa lagi...minta resipi nya la...Namanya kek LUMUT...asalnya dari Sarawak ok...Nah kita kongsi resipinya kat sini..sapa-sapa yang nak cuba sila la ya...

Bahan-bahan ( TIDAK TERHAD )

  • 10 biji telur ayam
  • 2 gelas gula halus
  • 16 oz mentega
  • 1 gelas tepung almond(badam)
  • 5 gelas tepung nestum
  • 1 tin susu manis
  • 1 tin/botol jem epal
  • 1 sudu teh esen vanila/pes pandan/perahan daun pandan.
  • sedikit pewarna hijau

Cara-cara

  1. Pukul telur sehingga kembang.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit .
  3. Mentega dikacau agak lembut,guna wiskh je. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi.
  4. Sesudah itu masukkan tepung almond yang sudah digaul bersama tepung nestum.
  5. Akhir sekali masukkan susu, jem, vanilla dan pewarna hijau.
  6. Kukus hingga masak.
  7. Kalau mahu kek lumut tahan lama, lepas kukus selama 4 jam...bakar sekejap anggaran 5~10 minit.
Kalau dah buat nanti kirim sikait la kat mama ya...dah jatuh mengidam tak berisi la pula mama ni...ekekekek..adusss kek lumut punya penangan,kecur liur ku ini..

Cuti @ kampung

Thursday, December 2, 2010
Hujan-hujan di kampung ni tapi nasib baik tak banjir.Agak sunyi sikit sebab afiq,achik yuni dan ayieh mama ikut my Laling ke Geting,Tumpat.Dari kelmarin lagi...Si Muham pula demam masih belum baik...agak penat...dinihari tadi Muham hanya tidur kejap-kejap je...dia meracau dan merengek tak sedap badan...panas badannya,kalau tak ingat dah bawa ke klinik pagi kelmarin tentu mama dah bawa dia ke kecemasan....rasanya dalam lima kali mama lapkan badan kecilnya itu...Awal pagi tadi dia main sekarang dah tidur ,badan still panas.harap malam ni ok sikit la dari malam tadi...ada banyak cerita nak post kan tapi nanti ada masa yang sesuai mama akan berceloteh lagi...sekian salam sayang buat semua..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails