Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...
Showing posts with label KEK. Show all posts
Showing posts with label KEK. Show all posts

BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE

Monday, October 21, 2013
BLACK AND WHITE RUSSIAN SQUARE CAKE
Sumber : masam manis   
Kek Coklat Lembab


Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.


Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak


Krim Keju Moca

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing

Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu

Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan






Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais


Chocolate Ganache

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka


Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

Sirap Nescafe

1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam

Satukan semua bahan dan kacau rata



Kaedah Penyediaan
Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan 
Kaedah memotong kek boleh rujuk di SINI
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. 
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek
Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras
Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler
Alihkan kek atas redai
Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek
Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata
Biarkan sebentar
Kaedah mencurahkan garnache dan step by step boleh rujuk di SINI
Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula
Cara dan kaedah mengalihkan kek dari redai ke lapik kek boleh rujuk di SINI
Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativiti.
Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.
Untuk kaedah dan cara memotong kek sila rujuk di SINI
Untuk kek bentuk bulat boleh rujuk di SINI kaedah dan cara penyediaannya dengan step by step.


Terima kasih kepada rakan-rakan yang mengucapkan selamat ulang tahun kepada Azrul dan 
Selamat Mencuba

From Rania To Teachers n Freinds

Tuesday, November 15, 2011
 Ell Sarah here is your cake

 With cartoon image...,Minie Mouse

At the end to end of 2011...i really busy with prepared a booked cakes,flowers n catering to all friend...
tq to all of you..
Huge n Love to all of you dear..

Happy Birthday Ceceq Cik Siti Tmn Sabana

Sunday, July 17, 2011

Happy Birthday Along Cik Siti Tmn Sabana




TIRAMISU

Saturday, July 16, 2011

Kek Along


Happy Birthday to Kak Yong

 Kek Choclate Indulgance 

 Katanya...sume suka and Bapa nya yang tak suka kan kek pun suka juga...Mama betul-betul puas hati...

Ini tahun kedua kek birthday nya kak Yong ditempah dengan mama...Kali ni tepat pada tarikhnya...sama dengan Along mama cuma Kak Yong setahun je lebih dari Along Mama...

Kek Untuk MajlisPASTI Keningau

Friday, July 8, 2011




TIRAMISU CAKE N' RECIPE

Tuesday, May 3, 2011

Bahan-bahannya ;-)
-250gm mix sponge kek (yang ni beli siap kat kedai..kalau rajin leh buat sendiri kl ada resepi kek span)
-250gm telur
-63gm air sejuk
-63gm mentega cair

masukkan semua bahan2 dan pukul sehingga kembang dan bakar kek pada suhu 180 celcius selama 40min.

**Selain guna kek span, boleh juga guna ladies fingers biscuit yang dijual dikedai bakery..tapi agak mahal  le sikit yer...

dah masak keknya potong empat layer dan ketepikan seketika.sementara itu sediakan adunan cheese ya.

bahan2 lapisan cheese:

-250gm cream cheese
-200ml whipping cream
- setengah cawan gula castor
1.pukul bahan diatas sehingga kembang dan sebati.
2. Sediakan secawan air nescafe (3 sudu nescafe dengan secawan air suam). dan coklat ganache serta serbuk koko untuk hiasan.

Cara-caranya ;-)
1. Lapiskan pertama layer kek span kemudian renjis sedikit air nescafe ke seluruh permukaan kek, lapis dengan cream cheese kemudian coklat ganache..
2. Ulangi sampai layer ke 4 dan atas sekali tabur dengan serbuk koko (guna penapis teh) dan coklat parut serta ceri/strawberi untuk kelihatan lebih menarik..
3.Sejukkan dalam peti sejuk selama 12 jam atau seeloknya semalaman.

~Lemon Cake~

Monday, May 2, 2011

Happy birthday juga buat Pn. Nunei,yang baik hati....

Kek ini adalah kek yang ditempah khas oleh guru sidang petang SKPekan....
 
Tapi dek kerana sibuk dengan tempahan lain dan pada masa yang sama ibu mama ada di sini melawat kami sekeluarga...

 Ini juga tempahan kedua dari orang sama...Cikgu Faridah yang masih beradarah manis...kerana baru beberapa bulan naik pelamin tau...
 Alhamdulillah kek Lemon mama ini mendapat sambutan walaupun mama sendiri sampai hari ini masih belum sempat merasa rasa sebenarnya kek lemon ciptaaan mama ini...
kek ini sepatutnya mama yang hantar jam 3ptg hari tersebut namun ditumpangkan kepada Ustz.Hajis yang kebetulan datang untuk mengambil barang English Country wifenye...hehe tq ustaz...

CAKE:::BASKET WAVE

Thursday, April 28, 2011



Tempahan K.Ina ustz Nazim::Humaira 9 Tahun

Friday, March 25, 2011


Barbie Doll Cake ~ choc cake

Monday, March 21, 2011


Happy Birthday Iqbal Cik Die

Thursday, March 17, 2011

Salam Rasul Buat Nur Muhammad Mama






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails