Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...

~Lemon Cheese Cake ~

Friday, April 29, 2011
Ehsan google niihh...
Annie Syeema cakapkan...
Simple je resepi nie :)

Sediakan basic cheese cake
~ Butter + guna oreo / digestive /biskut marie pun boleh..
...* Sejukkan dalam fridge 15minit.

BAHAN A
*260g cream cheese
*65g gula
BAHAN B:
20g tepung gandum
BAHAN C :
2 telur kuning
1/2 telur putih
1 biji lemon ( amik air jer ) tak mau masam , kurangkan..ainie suke msam.hehe
BAHAN D :
100g whip cream
BAHAN E :
1/2 telur putih
20g gula

~ Pukul cream cheese + gula hingga sebati
~ Masuk tepung + Bahan C
~ Campur Bahan D
~Pukul Bahan E dalam bekas asing ( jadikan meringue )
dan campur kan dlm adunan , gaul sebati.Masukkan dlm base cis kek.
Bakor selama 75minit / smpai masak..guna kaedah water-bath..seksa dia dlm suhu 150C.
selamat mencuba-cuba . . hehe kalau mama buat nnti baru kita upload gmbarnya yer...

Hah jangan tak cuba resipi ni...Cik Ainie ni ada bakery tau...mesti sodap bah ini...mama sendiri tak sabar nak merasa ni...

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Thursday, April 28, 2011
Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...

CAKE:::BASKET WAVE




Donut Gebu With Filling Kiwi...so yummy

Kek Span With Ganache Special in Cup

Kek kalau nak dibawa dalam perjalanan yang jauh boleh la di masukkan dalam bekas seperti ini...Dimana risiko untuk hancuss akan berkurangan...tapi kalau naik flight tu jangan pulak masukkan dalam kargo dah le yer...hancuss juga ending nye tuu...
Buat macam ni juga boleh la pada yang gemar dan gatai tangan menconteng kat atas nya tu yer...;-)

Tips Untuk Dapat Traffik 10,000++ Sehari


Sebelum ni AMMAR ada ceritakan pasal teknik SEO kat ENTRI NI dapat 13k traffik sehari dan kali ni Ammar nak kongsi tips macam mana nak dapat traffik 10,000++ sehari.

Dalam entri ni Ammar nak ceritakan langkah pertama untuk dapat traffik 10,000++ sehari. Caranya adalah membuatkan blog anda mesra SEO. Default setting yang di buat blogger.com pada title meta tag yang terdapat pada script template anda sebenarnya kurang mesra kepada google search engine. Ini kerana, title meta tag tersebut akan memaparkan nama blog terlebih dahulu dan kemudian di ikuti dengan tajuk entri atau artikel.

Di bawah ini adalah contoh title meta tag yang terdapat pada blog anda.
<data:blog.pagetitle/>


Untuk menjadikan blog anda mesra dengan google search engine, title meta tag yang terbaik adalah title meta tag yang akan memaparkan tajuk entri atau artikel terlebih dahulu dan di ikuti dengan nama blog. Apa yang perlu anda lakukan adalah menggantikan default title tag kepada title meta tag yang lebih mesra dengan google search engine. Anda boleh lihat costum title meta tag tersebut di bawah.


Untuk menggantikan default title tag kepada costum title meta tag, hanya perlu ikut beberapa langkah yang mudah di bawah.

Langkah 1
Log in blog => Dashboard => Design => Edit HTML. Seterusnya klik pada Expand Widget Templates.

Langkah 2
Dengan menggunakan keyboard, tekan kekunci Ctrl + F. Seterusnya taip atau paste kod <data:blog.pagetitle/> pada ruang Find dan kemudian, tekan kekunci Enter.

Langkah 3
Salin kod berwarna merah di bawah dan paste (gantikan) pada kod
<data:blog.pagetitle/>


<data:blog.pageName/> | <data:blog.title/>

<data:blog.pageTitle/>


Akhir sekali, klik Preview dan jika tiada mesej Error terpapar, klik saja Save

Kek Puding Kastad Bercoklat


Bahan kek span ;-)
130 gm tepung berserbuk penaik
11O gm gula kastor
60 gm mentega
5 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil esen vanila
CopyFromFamiliazamDotCom
Bahan Puding ;-)
410 gm susu cair
400 ml air
120 gm gula kastur
50 gm tepung kastard

30gm serbuk coklat
1/2 sudu besar serbuk agar-agar

Cara membuatnya ;-)
Panaskan ketuhar pada suhu 190°C.
Lenserkan acuan bulat berukuran 22 sm dan alaskan dengan kertas minyak.
CopyFromFamiliazamDotCom
Kek
1. Putar telur, gula kastor, tepung dan soda bikarbonat hingga naik.
2. Masukkan mentega dan esen vanila. Pukul hingga sebati.
3. Tuangkan adunan ke dalam dua acuan bulat.
4. Bakar dalam ketuhar hingga masak. Sejukkan.

Puding
1. Masak agar-agar, susu, air, gula kastor,serbuk coklat dan tepung kastard hingga pekat. Padamkan api.
2. Letakkan sekeping kek di dalam acuan dan ratakan puding di atasnya.
3. Tangkupkan dengan sekeping kek lagi. Simpan dalam peti sejuk hingga puding keras. potong dan hias ikut citarasa sendiri.

RESIPI:::::Onde-Onde Labu

Friday, April 22, 2011
Bahan-Bahannya ;-)
A:::
100gm labu (kukus n kisarkan ia...)
20gm tepung ubi
25gm tepung serba guna
30gm gula castor
1 cmB tepung kastard
 B:::
60gm gula melaka (potongan kiub kecil-kecil yer)
60gm kelapa muda parut campur dengan sedikit garam..
sediakan air mendidih

Cara-Caranya ;-)
1.Semua bahan A dicampur ke dalam sebuah mangkuk dan diuli tambah air jika perlu...sehingga terbentuk doh yang lembut.

2.ambil secubit doh dan letakkan sekiub gula melaka dan bulatkan anggaran sebesar ibu jari.
3.Masukkan bulatan terus ke dalam air yang sedang mendidih...perlahankan api...onde-onde yang telah masak akan terapung ke atas permukaan air tersebut.
4.Angkat dan toskan.Kemudian golekkan ia ke dalam kelapa bergaram...Ulang sehingga habis doh adunan tersebut...Boleh terus dihidangkan kepada keluarga juga tetamu anda...

:::My Signature of English Country Item:::

Wednesday, April 6, 2011







pizza miniature

Monday, April 4, 2011
Ini mini pizza yang mama buat secara kebetulan...nak buat yang saiz normal...tiba-tiba terkecil la pula...tapi anak-anak mama cakap ianya lagi sedap dari yang biasa tu..


2 dozen mama buat...hanya sebiji je dapat mama merasa...emm masa tu,macam tau-tau je cik ton,cik Yang dan Kak As datang...berbau agaknya le ye...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails