Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...

CReAM PufF

Sunday, October 31, 2010
Satni mama skodeng Dapur Tanpa Sempadan...Terperanjat nengok cream puff...hehehe i like sesangat...so mama share kt sini dengan korang semua...nnti kita pakat cuba yer..

BAHAN CREAM PUFF :-)
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN CUSTARD CREAM :-)
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
  2. UNTUL CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...

DoH YaNg LeMbuT GeBU gITu


Dulu nenek mama buat roti canai....sekarang dah usia emas ini dah tak larat lah dia nak menguli roti canai lagi...tapi pernah mama dan famili balik kampung dia sanggup buat lagi untuk kami.Sebab dia tahu mama dan cucu menantu kesayangannya ini suka makan roti canai nya itu.

Nenek kalau dia buat roti canai takda la nak gunakan mesin...diulinya pakai tangan jer...tapi roti canainya itu lembut walau dah sejuk....hatta yang kelmarin pun masih lembut dan sedap.Biasa jam 9 malam nenek akan memulakan persediaan untuk jualan esok pagi...nenek tahan,awal-awal dulu sampai 5kg dia dan tok ayah Wiel sama-sama bekerjasama..lepas tok ayah takda nenek buat pun tak banyak dalam 3 kilo dan makin kurang...tetapi pelanggan makin ramai.Kasihan yang datang lewat jam 7.30 pagi tu...roti canainya dah habis.

Macaman dohnya boleh lembut macam tu sekali?Ada beberapa tips yang boleh mama kongsikan dengan semua..Antaranya gunakan air suam...Bila menguli campurkan semua bahan tetapi majerin dimasukkan last sekali.Maksudnya dah siap doh baru campur dengan majerinnya...uli lagi dalam 5 minit,then rehatkan doh selama lebih kurang5-10 minit.....pahtu uli lagi dalam 10 minit...sambil borak2 je..Kalau untuk bun rehatkan lah doh tu sampai naik 2kali ganda...tumbuk kasik keluar angin...uli lagi sekejap then boleh lah dibentuk...dan tunggu lagi biar kembang biar lebih dari 30-45minit sebelum dibakar...

Nescaya doh anda akan lembut dan gebu.Tahukah anda,jika doh diuli dengan penuh perasaan kasih sayang di hati dan ingat anak-anak serta suami atau pun sahabat handai yang memakannya akan turut merasakannya dalam roti ataupun apa-apa masakan sekalipun...air tangan kita mampu menyuburkan lagi kasih sayang dan mawaddah dalam diri individu lain....terutama anak-anak kita...dan yang penting cik abanga kita ler...ahaks!!

Simple Chesse Cake

Saturday, October 30, 2010

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails