Mama sangat pasti tentu pengunjung blog mama ini perasan ada seketika hari yang lepas...agak lama mama tidak mengemaskini cerita terbaru..Hilang segala mood dan pak mahmood yang ada.
Sebenarnya....Handphone mama hilang,kalau orang Sabah ni cakap ia bertapuk...hampir sebulan ia tak muncul di depan mama...tidak berdering bila di 'call'...tidak muncul apabila mama betul-betul memerlukannya....Tapi di mana ia??
Dalam fikiran mama ini mama amat yakin ia ada sebelah mama,menemani malam mama sebelum ia menghilang...tapi bila mama cari atau sesiapa jua mencari ia tiada di situ...ke mana ia??Merajuk kah ia...tapi apa jua salah dan silap mama...?
Sempena hari lahir mama yang lalu Abah telah menghadiahkan mama dengan handset yang baru...tapi...hati mama tetap padanya...pada suatu malam yang hening dan dengab keyakinan yang tinggi mama selongkar sofa yang mama cakap tu...dan setelah kepenatan mama duduk terdiam di sofa tersebut....dalam penuh mengharap tangan mama meraba bahagian selitan kusyennya...ya di suatu bahagian tangan mama tersentuh objek keras dan belum sempat dipegang ia terjatuh ke dalam bahagian bawah sofa.
Akhirnya bertemu jua dengan mu wahai handset mama sayang niiihhh...alhamdulillah...
0 comments:
Post a Comment