Kredit: Restoran Rebung, Bangsar, Kuala Lumpur
Bahan-bahan
| |
Air
|
880ml
|
Gula pasir
|
1kg
|
Daun pandan
|
3 helai, disimpul
|
Kuning telur ayam
|
10 biji
|
Daun pisang untuk kelongsong
|
Pukul kuning telur sehingga kembang.
Pegang kelongsong di atas air gula mendidih dan tuang kuning telur ke dalam kelongsong. Pusing-pusingkan kelongsong agar mendapat juraian kuning telur di dalam air gula membentuk seperti jala. Masak selama 2 saat sehingga jala emas masak.
Keluarkan jala emas dengan menggunakan senduk berlubang dan tuskan.
Catatan chefSemasa menjuraikan kuning telur ke dalam air gula, padamkan api. Apabila semua kuning telur sudah habis dimasukkan, nyalakan semula api. Jangan masak jala emas terlalu lama kerana kuih ini akan menjadi keras.
Sentiasa sediakan air panas untuk ditambah ke dalam air gula yang akan memekat semasa memasak jala emas.
Boleh juga digunakan cawan roti jala untuk mengirai kuning telur ke dalam air gula
0 comments:
Post a Comment