Snow Cheese Cake (sangat sedap)
SUMBER : Surianti Ramli
1 cawan tepung hongkong (boleh dibeli dikedai yang menjual bahan biskut/kek)
1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar ovalette
6 biji telur (dari 6 biji telur tadi, 2 biji dibuang putihnya)
1/4 cawan air dari peti sejuk
1/3 cawan mentega (dicairkan)
Cara:
1. Satukan semua bahan (kecuali mentega cair) dan dipukul dengan
kelajuan sederhana hingga gebu dan putih anggaran 5 - 7 minit.
2. Masukkan mentega cair dan dipukul lagi anggaran 3 - 5 minit.
3. Alaskan loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan tadi.
4. Panaskan ketuhar terlebih dulu. Bakar pada suhu 150'C selama 50 minit.
5. Sejukkan kek.
Bahan Cream:
250g Cream Cheese (Sue gunakan jenamaTatura)
1 cawan susu pekat manis
Satukan bahan krim di atas dan dipukul dengan kelajuan sederhana hingga pekat dan kental.
Bahan Hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese diparut halus.
Cara penyediaan:
1. Sejukkan kek terlebih dahulu, potong kek menjadi dua lapisan.
2. Sapukan cream cheese diatas lapisan pertama.
3. Lapiskan dengan bahagian kek yang lagi satu , sapukan baki cream cheese melitupi keseluruhan kek.
4. Parutkan cheddar cheese dan tabur sepenuhnya pada kek.
5. Sejukkan dalam peti ais selama 1 - 2 jam sebelum dipotong.
Sangat sedap dan mudah membuatnya.
Selamat mencuba.
0 comments:
Post a Comment