Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...

Pemanasan global

Thursday, May 13, 2010
Bahang pemanasan global memang dh lama kita di Malaysia ini rasaikan...Mama masih ingat sampai sekarang dalam tahun 1988 kalau tak silap panas pada tahun tersebut sangat ketara.Time tengahari panasnya terasa seperti nak pecah kulit lengan...yang lagi amat terasa bilamana dh tak tahan dek panas tu kipas la yang dicari...zaman-zaman kita dulu rumah orang kaya jerk yang ada air-cond.

Dek kerana panas terlampau-lampau,angin kipas yang dipasangkan itu pun bukannya jadi hawa sejuk nyaman sebaliknya hawa panas berangin.Ingat time tu nak nangis rasanya bila tiba time tengahari.Ibu mama pula seorang kreatif,selain dia siram atap dengan memancut air dengan saluran paip air bunga dia setiap dua jam skali...ibu kerah mama adik bradik angkat pasu bunga-bunganya yang lebat merimbun aura dari sejuknya tangan yang menanam,masuk ke dalam rumah.Jadi cerita kat dalam rumahnya pula..ibu mama creat rock garden atau mini garden yang sampai sekarang masih mama ingat ada 2-3 sudut ibu buat,begitu indah dan cute.

Ibu pula sentiasa beri galakan agar mengumpul barang antik, cantik dan indah yang mana boleh disesuaikan dengan mini gardennya itu.Mama pula pantang dok kat situ mula la menyusun atur balik barang-barang yang ada di situ,yang sememangnya dah tersusun...(gatal tangan)tapi ibu tak pernah marah bila mama re-og dia punya mini garden.

Manfaat dari mini gardennya itu sedikit sebanyak menyaman kan rumah kami.Ada kawan2 sekolah yang datang ke rumah mesti dok lama2,seronok dan nyaman kata mereka.Ada juga yang minta nak tido kat rumah..eh eh.Itu cerita Zaman mama la..zaman indah yang akan menjadi kenangan sepanjang hayat ini...

Kini boleh kata setiap hari pun panaskan...cuma tak seberasa terasa sangat la kalau kat rumah mama,sebabnya si Farish tak kira pagi petang siang malam hatta dinihari pun dia akan switch on kan air cond.Kesian anak2 yang sekolah waktu petang di Sek. keb_ _ _ _ _ _ _ _ _ _,tengahari memang dah panas...dalam kelas pula dengan keadaan ramai2 tu...boleh kata setiap hari kipas tidak dapat berfungsi sebabnya ;anak mama la cakap switch rosak...takda karan,takda bilah kipas? dan mcm2 la takdenya untuk hari ini hari kelmarin...jua hari-hari yang mendatang.Kesian kan jika sesiapa pun takda la sebab anak mama semata2.Di era pembangunan yang pesat...Kementerian Pelajaran asyik gah bangkit melaungkan peri kepentingan pembelajaran dan situasi tempoh proses itu dapat berlangsung dengan kesesuaian status negara kita Malaysia yang semakin membangun..kesan pemanasan global nescaya mengambil alih ruangan kelas anak2...sian anak2 kan?

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails