Bahan-Bahan
-4 biji telur Gred A
-120g gula kastor/gula halus
-80g tepung kek@tepung superfine
-20g tepung jagung
-1/4st baking powder
-40ml@40g susu segar + 1st esen vanila [ 40ml air + 1/2sb susu tepung + 1/2st ]
-esen vanila
-40g butter, dicairkan
Hiasan:
-300g-500g fresh cream@non-dairy whipping cream, dikocok hingga kental
-4-5 biji buah kiwi, dihiris
-Glis/glaze untuk buah-buahan
Cara:
- Panaskan oven pada suhu 170C. [ oven aku 150c ]
- Lengser dan alaskan dasar serta keliling loyang kek 8 atau 9" (ku guna 8")[ aku guna 3 biji loyang bulat 6'' ] dengan baking paper. Ketepikan.
- Pukul telur dan gula dalam bekas tahan panas dengan mixer elektrik pada max speed secara double-boiler. Pukul hingga adunan naik 2-3x ganda, berwarna putih-kuning pucat dan pada ribbon stage selama 6 minit. (NB: ku hanya didihkan periuk kecil berisi air sampai menggelegak, angkat dan letakkan periuk dekat dengan tempat mixer. Lepas tu ambil bekas tahan panas berisi telur + gula, letak atas periuk tersebut dan pukul hingga adunan jadi gebu).
- Ayak tepung kek, tepung jagung dan baking powder dalam satu bekas.
- Kaup balikkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur, berselingselikan dengan susu segar. Mulakan dengan campuran tepung dan akhiri juga dengan campuran tepung. (Contoh: tepung-susu segar-tepung-susu segar-tepung).
- Ambil sedikit adunan, campurkan ke dalam butter yang dicairkan tadi. Gaul rata dan masukkan adunan ini ke dalam adunan asal. Kaup balik hingga rata.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang kek dan bakar 170C, 30-35 minit atau hingga lidi dicucuk kering dan atas kek sedikit keperangan. [ aku guna loyang bulat 6'' sebab nak bagi kek nampak tinggi. Bahagi sama banyak dan bakar serentak pada suhu 150c selama 15-20 minit atau kek masak. Cara ni untuk oven yang luas sahaja ]
- Keluarkan dari oven dan terbalikkan loyang atas redai. Keluarkan loyang dan biarkan kek sejuk pada suhu bilik.
- Potong kek kepada 3 layer (nak lagi senang simpan kek dalam peti sejuk sejam dua sebelum dipotong) [ kalau sapa ikut cara aku, boleh skip part ni ].
- Atas layer kek pertama, sapu fresh cream dan hiaskan dengan hirisan kiwi secara rawak. Tutup dengan layer kek kedua.
- Ulang dengan menyalut lapisan ke-2 kek dengan fresh cream dan hirisan kiwi.
- Akhiri dengan lapisan kek ke-3 dan salut keseluruhan kek dengan baki fresh cream. Susun buah kiwi di atas kek. Sapu glis/glaze buah-buahan pada kiwi untuk mengilatkannya dan mengelaknya teroksida menjadi perang.
- Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.
Sumber :KONGSI RESIPI
0 comments:
Post a Comment