Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...

CReAM PufF

Sunday, October 31, 2010
Satni mama skodeng Dapur Tanpa Sempadan...Terperanjat nengok cream puff...hehehe i like sesangat...so mama share kt sini dengan korang semua...nnti kita pakat cuba yer..

BAHAN CREAM PUFF :-)
50 gram mentega
125 ml air
1/3 camca teh garam
75 gram tepung gandum, diayak
1 biji telur + 1 kuning telur
1/2 camca teh esen vanilla

BAHAN CUSTARD CREAM :-)
1 kuning telur
150 ml whipping cream
1 1/4 camca besar tepung custard
25 gram gula halus
1 camca besar parutan keju cheddar
1/2 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.
  2. UNTUL CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri...

DoH YaNg LeMbuT GeBU gITu


Dulu nenek mama buat roti canai....sekarang dah usia emas ini dah tak larat lah dia nak menguli roti canai lagi...tapi pernah mama dan famili balik kampung dia sanggup buat lagi untuk kami.Sebab dia tahu mama dan cucu menantu kesayangannya ini suka makan roti canai nya itu.

Nenek kalau dia buat roti canai takda la nak gunakan mesin...diulinya pakai tangan jer...tapi roti canainya itu lembut walau dah sejuk....hatta yang kelmarin pun masih lembut dan sedap.Biasa jam 9 malam nenek akan memulakan persediaan untuk jualan esok pagi...nenek tahan,awal-awal dulu sampai 5kg dia dan tok ayah Wiel sama-sama bekerjasama..lepas tok ayah takda nenek buat pun tak banyak dalam 3 kilo dan makin kurang...tetapi pelanggan makin ramai.Kasihan yang datang lewat jam 7.30 pagi tu...roti canainya dah habis.

Macaman dohnya boleh lembut macam tu sekali?Ada beberapa tips yang boleh mama kongsikan dengan semua..Antaranya gunakan air suam...Bila menguli campurkan semua bahan tetapi majerin dimasukkan last sekali.Maksudnya dah siap doh baru campur dengan majerinnya...uli lagi dalam 5 minit,then rehatkan doh selama lebih kurang5-10 minit.....pahtu uli lagi dalam 10 minit...sambil borak2 je..Kalau untuk bun rehatkan lah doh tu sampai naik 2kali ganda...tumbuk kasik keluar angin...uli lagi sekejap then boleh lah dibentuk...dan tunggu lagi biar kembang biar lebih dari 30-45minit sebelum dibakar...

Nescaya doh anda akan lembut dan gebu.Tahukah anda,jika doh diuli dengan penuh perasaan kasih sayang di hati dan ingat anak-anak serta suami atau pun sahabat handai yang memakannya akan turut merasakannya dalam roti ataupun apa-apa masakan sekalipun...air tangan kita mampu menyuburkan lagi kasih sayang dan mawaddah dalam diri individu lain....terutama anak-anak kita...dan yang penting cik abanga kita ler...ahaks!!

Simple Chesse Cake

Saturday, October 30, 2010

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

KEK KARAMEL

Ramai yang dok cakap sedapnya kek karamel...biasa dok buat puding karamel...sekali tengok rupanya...wah siap berkaler lagi tu...santekk sangat,tapi mama masih belum mencubanya...nanti kalau mama buat...nak tepek gambarnya nanti.Mama amik resipi ni dari web,senang nak buat nantikan...so sesiapa yang berminat nak mencubanya...
Bahan-bahannya;-):
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tambah warna dan paste kalau nk..
7. masukkan ke dalam loyang yang tadi..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180'C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit baru terbalik kan kek yg dibakar tadi...
10.Masukkan dlm peti sejuk 1 jam,mkn sejuk2...sedap...tahan dlm frezze 5 hari

Sumber : Munira Baharum(Kongsi Resipi)

Resipi Pizza Sempoi...




Sebenarnya mama ni malas betui nak taip resipi...sebab ia ada dalam batu kepala patik...so bila nak bagi resipi kena pikiaq betui-betui,takut ada yang tertinggal kan..Kalau time in action kat dapur ndak apa tu pak...concentrate punya pasai,result mesti mau marvellouse punya...ding dong!!!

Tapi dah makin ramai yang bising kata mama ni kedekutz nak bagi resipi...sepekara lagi,banyak masakan mama ni adalah resipi belasah dari ku untuk mu...huhuhu.

Bahan-Bahannya ;-)

a)Doh
500gm tepung gandum
1 sachet @11gm yis(rendam dalam air suam setengah gelas dan campur 4sudu makan gula)
2 sudu makan susu nespray
sudu majerin
2 sudu kecil garam
sebiji telur

B) Topping -cadangan (i)
2tin tuna sardin plus mayonis (brand cari yang sedap dimakan n halal)
sos spaghetti Kimball-mama guna Bawang putih N daun selasih
sebiji capsicum-betul ke eja tu...lada benggala yg ijau ka..kuning ka..merah ka..
mayonis
sos cili
oregano @mix pizza herb (ada kat bake shop)
cheddar chesse (kena parut le)@ yang sedia berbiji tu...lupa pula namanye...nak buat tabur..

Cadangan (ii) nanti rajin la bagi...




Cara-caranya ;-)
doh.....,
1.masukkan smua bahan dan uli...last masukkan majerin..agak lembut berhenti dalan 5-10 minit.then sambung menguli lagi sampai licin dan nampak doh seakan bertali bila kita tarik.
2.perap doh hingga naik 2 kali ganda...tumbuk kasik keluar angin.
3.bentuk mengikut kesukaan atau ikut try yang dimiliki.tunggu naik sekali lagi...dalam setengah jam atau lebih lagi baik..
4.Dah naik bakar dalam oven 180'C lebih kurang 10minit...keluarkan dan letak toppingnya dan bakar semula hingga chesse cair...dah masak.


Topping...,
1.sapukan sos spaghetti keseluruh permukaan doh yang dah masak kejap tadi..
2.letakkan tuna dan tabur capsicum yang dipotong memanjang..Taburkan oregano secubit dua.
3.paipkan mayonis dan sos cili...last but not least...,taburkan chesse.lagi banyak lagi sedap..








Sepagi Bersama...

Friday, October 29, 2010






love choclate...

Thursday, October 28, 2010
Kek kalau potang makan macam tu pun dah sedap ...tapi kalau tambah dengan cream dan coklat lagi la bertambah sedap rasanya...tapi dalam pada tu kena la kurangkan manis nya, agar selamat dimakan...

Retired Day Pn. Annie Leong

Wednesday, October 27, 2010




Happy Birthday Muhammad Farish..is 4th now!

Monday, October 25, 2010

Selamat hari ulang tahun yang ke-4 khas buat anak mama Muhammad Farish...Kek ini mama buat khas untukmu...kek keju blueberry...

Anak manja Abah ni sangat suka ngan keknya malam itu makan pun siap minta tambah lagi...tapi tak smpat habis kerana abang Adib bawa keluar hadiahnya...iaitu basikal roda tiga yang canggih tu...sampai skarang sayang betul dia dengan basikalnya itu...

Awal awal hari tu nak keluar jalan pun dia angkut masuk kereta,sekali kena tegur kat abah menangis cakap abah marah dia..hai la basikal punya pasal sekarang ni asal je bangun dia akan cari basikalnya dulu...kemudian baru cari makan breakfast...tapi mama sebenarnya cukup puas hati kerana hadiah mama kali ini betul ngam dengan anak mama ni,alhamdulillah...

Custard Pumpkins aka Labu kastard

Saturday, October 23, 2010

Sekaya Labu...Sedap dan Senang...nyum nyummy

Bahan-Bahannya ;-)

1 biji labu kecil
3 biji telur
secawan gula perang
1 1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa

Caranya ;-)
1.potong bahagian atas labu dengan cermat, menadi penutup pada labu tadi. Angkat penutupnya dan kaut keluar biji labu, kemudian bersihkan.
2.Kacau bahan-bahan di atas hingga sebati kemudian masukkan ke dlam labu tadi. Tangkupkan penutupnya.
3.Kukus selama 30-40 minit
Sejukkan sebelum di potong...

CUPCAKE jadian...

Dok tengok sekarang ni ramai akak-akak kita yang seronok bonar menghias rumah ngan faux cake...tapi mama belum ada kesempatan untuk megganas lagi nih...Dalam diam,dalam dok gatai tangan ni...mama beli acuan apom ni...n takleh faux cake yang pon aci juga lah yer...

Stroberi ni beli masa pulang kampung tahun 2009...Seronok dapat siapkan yang ini.Kalau dapat buat projek faux cake agaknya melompat tiga hari le gamatnye kan...ngeee....kes syok terlampau ni...amacam jadik juga lah kan sentuhan ku ini...

TAK KENAL MAKA TAK CINTA...

FAHAMI DAN KETAHUI IA...SEBELUM GUNA...

Apa itu Fondant Aising?


Memahami erti fondant sebenarnya mengelirukan . Fondant aising merupakan doh aising yang diperbuat daripada campuran gula aising, liquid glucose, gelatine, gliserin,air serta beberapa bahan tambahan yang lain. Campuran bahan bahan ini diuli hingga menghasilkan doh kental sepertimana doh pastry yang gebu dan boleh diwarnakan mengikut citarasa serta kesesuaian. Doh ini bukan sahaja digunakan untuk membalut kek kek perkahwinan, pertunangan mahupun novelty cake, malahan juga menghiasi cup cakes , mini cakes serta digunakan sebagai medium untuk menghasilkan ornament pada kek kek beraising. Selain dikenali sebagai Fondant turut dikenali dengan nama lain seperti sugarpaste, rolled icing, plastic aising dan RTR . Sungguh pun begitu masih ada yang salah memahami erti fondant. Ada dikalangan kita ( malaysian ) merujuk fondant aising sebagai Royal aising. Kerap kali penulis menerima panggilan telifon bertanyakan perihal kek dan kelas royal aising sedangkan penulis faham yang sipemanggil merujuk kepada fondant aising. Royal aising pula merupakan aising lembut campuran gula aising, putih telur serta acid prouduct digunakan bagi membuat piping work pada cake fondant. Di United Kingdom khususnya mereka merujuk doh yang sama sabagi Sugarpaste . Di US ianya dipanggil rolled fondant manakala di Australia doh ini di panggil RTR ( Ready to Roll) serta Plastic Icing.Sungguhpun begitu , pengertian tradisi masyarakat French pula,Fondant aising merupakan pour icing, yang mana ianya berbentuk cecair dan dituang diatas petit four atau kek kek kecil sebagai hidangan petang. Tegasnya disini perlu diingatkan bahawa di Malaysia kita menggunakan nama fondant untuk merujuk kepada doh aising lembut bagi tujuan membalut kek.

Resepi Fondant

60 ml air
1 tbsp serbuk gelatin
3 tbsp sirap glucose
3 tsp glycerine
800 grm gula aising

Didalam mangkuk kaca tahan panas, sebarkan serbuk gelatin kedalam air.Biarkan ianya mengembang. Pindahkan kedalam microwave,panaskan pada suhu medium hingga gelatin mencair keluarkan campurkan syrup glucose kacau sehingga adunan sebati dan masukkan glyserin. Sekiranya adunan suam panaskan kembali didalam microwave. Pindahkan gula aising yang diayak kedalam mixer . buat lubang ditengahnya tuangkan adunan cecair kedalam lubang tersebut. Dengan menggunakan doh hook uli adunan dengan kelajuan sederhana agar adunan menjadi doh yang gebu. keluarkan serta uli dengan dengan tangan. Doh fondant sedia digunakan.

Commercial Fondant.


Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap kecenderungan menghasilkan kek kek perkahwinan serta novelty, maka wujudnya commercial fondant. Pelbagai jenama wujud dipasaran dengan pelbagai brand antarana Bakels Pettinice atau RTR, fondx. Snow Ice, Regal Ice dan sebaginya,kesemua doh ini adalah merupakan fondant aising atau sugarpaste. Doh commercial biasanya lebih gebu, halus, lembut , elastic serta mudah dicanai. Disebabkan commercial fondant dibuat dengan tujuan commercial maka jangka hayatnya mampu bertahan berbulan2 jika disimpan didalam suhu serta keadaan yang betul. Bagi negara eropah khususnya UK , US dan negara negara dominant lain seperti South Africa dan Australia, mereka lebih gemar menggunakan commercial fondant. Ini disebabkan harga yang dijual adalah murah serta kemampuan doh ini untuk dipelbagaikan penggunaannya. Doh commercial bukan sahaja digunakan untuk memalut cake, malah mampu digunakan bagi menghasilkan fancy ornament seperti figurine , bunga, art work serta bentuk bentuk lain dengan ditambah sedikit edible gum bagi membuatkan doh ini lebih elastic atau kenyal serta tidak melekat. Doh commercial ini juga tidak mudah menyerap kelembapan serta sesuai untuk dekorasi lain seperti melukis pada sugar doh ( contohnya melukis mata pada figurine menggunakan edible pen ). Hasilnya dakwat tidak mudah meresap serta mengembang, Kemampuan ini sudah semestinya mampu menandingi kelemahan doh fondant yang dibuat sendiri yang mana, ianya kelihatan kasar,mudah berair atau lembab, berminyak, tidak elastic, mengental dengan lebih cepat serta tidak mampu dicanai dengan licin. Sunguhpun begitu commercial fondant/sugarpaste yang diimport biasanya menghadapi masalah dengan cuaca tempatan. Ada dikalanganya yang lembek berair serta melekit dan tidak kurang pula yang kurang elastic. Bagi mengatasi masalah ini, ada yang mencadangkan doh ini dicampur dengan edible gum samaada CMC,tylose, Tragacanth, Trex, substitute gum etc untuk mengentalkan doh ini kembali. Isunya adakah ianya selamat untuk dimakan ?


Oleh itu penulis mencadangkan pengertian fondant aising atau sugarpaste digunakan di Malaysia memandangkan ramai diantara kita yang biasa menggunakan nama ini bagi merujuk doh aising yang digunakan untuk membalut kek kek novelty dan perkahwinan. Tidak kira samada ianya dibuat dengan menggunakan resepi asas atau dibeli dari kedai ( commercial fondant/sugarpaste) dengan pelbagai jenama yang pasti doh ini hanya sesuai utuk tujuan membalut cake serta hiasan hiasan simple pada cake novelty atau kek perkahwinan.


Modeling Paste..

Selain dari Fondant aising terdapatnya satu lagi terminology merujuk kepada sugar paste iaitu Modelling paste. Modelling paste diperbuat dari bahan yang sama seperti pembuatan aising fondant tetapi biasanya mempunyai campuran gelatin yang lebih, tinggi kandungan liquid, serta mempunyai campuran edible gum mengikut proportion tertentu. Dengan campuran proportion yang berbeza ini maka wujudla perbagai paste paste lain yang dihasilkan bagi tujuan tertentu antaranya flowerpaste, gumpaste, Mexican paste, Plaque paste, Pastillage serta Modelling fondant.

Jenis Jenis Modelling Paste.

Flower Paste / Florist Paste

Melalui pemahaman penulis, Flower paste diperbuat daripada campuran utama aising sugar , edible gum, gelatine, putih telur serta bahan bahan sampingan lain. Ianya sangat elastic, bergetah dan mempunya kemampuan untuk dicanai senipis kertas. Kegunaan paste ini adalah untuk menghasilkan bunga gula yang lebih realistic dan dilihat seakan akan hidup. Selain itu doh ini juga boleh digunakan untuk membuat fabric effect pada kek. Sesetengah brand menggunakan nama florist paste bagi merujuk flowerpaste.

Resepi Flowerpaste

500 grm gula aising
5 tsp air
2 tsp serbuk gelatin
2 tsp sirap glucose
3 tsp shortening
3 tsp edible gum
1 biji putih telur

Didalam mangkuk kaca tahan panas, sebarkan serbuk gelatin kedalam air.Biarkan ianya mengembang. Pindahkan kedalam microwave,panaskan pada suhu medium hingga gelatin mencair keluarkan campurkan syrup glucose kacau sehingga adunan sebati dan masukkan shortening. Pindahkan gula aising yang telah didiayak bersama edible gum kedalam mixer . buat lubang ditengahnya tuangkan adunan cecair kedalam lubang tersebutdan diikuti putih telur. Dengan menggunakan doh hook uli adunan dengan kelajuan sederhana selama 3 minit diiukuti kelajuan tinggi selama 1 minit sehingga adunan menjadi doh yang gebu. keluarkan dan simpan dalam seal bag . perap selama 24 jam bagi proses pengentalan . Doh siap digunakan.




Gumpaste.


Sesetengah cake decorator merujuk gumpaste adalah sama dengan Flower paste. Akan tetapi resepi traditional telah membuktikan bahawa kedua dua doh ini sebenarnya berbeza walaupun tujuannya hampir sama iaitu untuk membuat bunga gula. Secara tradisinya Gumpaste diperbuat daripada campuraan bahan utama iaitu gula aising dan gelatin serta bahan lain dengan proportion tertentu bagi menghasilkan doh yang agak liat serta mudah kering apabila dibentuk. Kebiasaanya Gumpaste tidak mampu dicanai senipis kertas. Ianya mampu menghasilkan gubahan bunga gula yang nampak lebih kasar dan tidak realistic. Apa yang dapat penulis simpulkan. Gumpaste merupakan doh klasik untuk membuat bunga gula manakala flowerpaste di invent serta diperbaharui bagi menghasilkan bunga yang lebih halus serta senang dibentuk di zaman moden ini.

Resepi Gumpaste

60 ml air
3 tsp serbuk gelatin
2 tsp liquid glucose
400 grm gula aising.

sebarkan gelatin keatas air biarkan mengembang. panaskan didalam microwave atau keadah waterbath. Masukan liquid glucose.Kacau adunan hingga rata.Pindahkan gula aising kedalam Mixer . Buat lubang ditengahnya dan tuang adunan liquid kedalam gula aising. Pukul menggunakan doh hook hingga adunan kembali sebati dan bertukar menjadi doh yang kental. simpan didalam bekas kedap udara 24jam sebelum digunakan.




Mexican Paste.

Secara amnya Mexican paste juga dihasilkan sepertimana gumpaste tetapi kombinasi bahan bahannya hanya sesuai untuk menghasilkan bentuk bentuk figure. Doh yang kering biasanya sangat keras dan tidak sesuai untuk digunakan bagi menghasilkan bunga gula. Biasanya doh dibiarkan semalam bagi digunakan keesokan harinya. Figurine yang dihasilkan dibiarkan semalamam sebelum dipakai dengan baju atau hiasan lain yang diperbuat dari paste lembut lain seperti flowerpaste.

Resepi Mexican Paste

250 grm gula aising
3 tsp edible gum
1/2 tsp cream of tartar

2 tbsp air panas
2 tsp shortening
1 tsp liquid glucose

campurkan bahan kering kedalam mangkuk. campurkan liquid glucose bersama air panas kacau rata dan masukkan shortening. kacau hingga adunan sebati. Panaskan adunan ini menggunakan kaedah waterbath. Tuangkan adunan gula aising kedalam adunan liquid ini dan kacau diatas api hingga ianya bertukar menjadi paste yang melekit. kaupkan adunan dan simpan didalam seal plastic bag.. rehatkan doh selama 3 jam sebelum digunakan.

Modelling Fondant/paste..

Jangan terkejut jika kita menemui resepi di internet yang ditulih modeling fondant atau modeling paste. Penulis mengklasifikasikan modeling paste ini sebagai doh yang tidak berbeza dari doh gumpaste. Doh modeling paste ini biasanya boleh digunakan untuk membuat ornament pada cake seperti cartoon, animal, serta bunga bunga gula.

Resepi Modelling Fondant

30 ml air
2 tsp gelatin
1 tsp liquid glucose
160 grm gula aising


sebarkan gelatin keatas air biarkan mengembang. panaskan didalam microwave atau keadah waterbath. Masukan liquid glucose.Kacau adunan hingga rata.Pindahkan gula aising kedalam Mixer . Buat lubang ditengahnya dan tuang adunan liquid kedalam gula aising. Pukul menggunakan doh hook hingga adunan kembali sebati dan bertukar menjadi doh yang kental. simpan didalam bekas kedap udara 24jam sebelum digunakan.


Pastillage./ Plaque Paste

Pastillage adalah doh aising yang biasanya digunakan untuk mebuat ornament berbentuk structure seperti sugar box, bell, church, modeling furniture serta sebagainya. Ianya diperbuat dari campuran gula aising, tepung jagung ,gelatine, acid product seperti cuka atau cream of tartar dan mempunyai texture yang agak kental dan liat. Ianya cepat mengeras jika dibandingkan dengan doh doh yang lain. Apabila ianya kering ornament yang dibuat mudah melengkung dengan cepat dan memerlukan teknik teknik tertentu bagi mengatasi masalah ini.Product yang dihasilkan juga sangat keras dan kuat. Sungguhpun begitu ada sesetengah resepi pastillage yang tidak menggunakan tepung jagung dan hanya ditambah edible gum sahaja kedalam campuran gula aising. Kebiasaanya doh ini kurang kuat dan sensitive pada cuaca yang lembab ( humidity )

Resepi Patillage

sila lawati :
http://www.baking911.com/recipes/cakes/fondant_sculpting.htm



50 / 50 Paste.


Campuran 1: 1 seperti 100 grm commercial fondant serta 100grm commercial flower paste akan menghasikan doh 50/50. Doh ini digunakan untuk membuat ornament pada cake seperti figure, animal, ornament, etc . sungguhpun begitu di Malaysia khususnya doh ini kurang sesuai digunakan kerana ianya menghasilkan doh yang tidak tahan lama. Selain itu juga ianya agak mahal kerana ianya hanya berhasil jika menggunakan campuran doh commercial dan bukannya doh yang dibuat dari resepi asal.

Resepi 50/50 paste

50 grm comercial fondant
50 grm comercial florist paste

campurkan kedua dua doh aising ini dan uli dengan sedikit shortening.
Sedia digunakan.


Royal Icing Paste

Doh ini sangat popular di Australia dan South Africa. Royal Icing paste diperbuat dari aising royal aising. sedikit edible gum khususnya tylose dimasukkan kedalam aising royal aising dan dipukul sehingga membentuk doh melekit. adunan ini disimpan semalam . Doh akan bertukan menjadi doh kental dan boleh digunakan untk membuat bunga serta ornament lain. Hakikatnya di MALAYSIA doh ini kurang sesuai kerana sensitif terhadap kelembapan

Resepi Royal Icing Paste

250 grm gula aising
1 biji putih telur
1/4 tsp cream of tartar
2 paras sudu teh ( sudu makan yang kecil) edible gum

campurkan semua bahan kecuali kedalam mixer. Pukul dengan menggunakan padle hingga adunan kembang sertaa gebu. Tukar paddle dengan doh hook masukan edible gum pukul adunan menggunakn hook sehingga ianya bertukar menjadi doh gula. keluarkan dan simpan didalam seal bag sekurang kurangnya 5 jam sebelum digunakan.

Sumber :http://sharingsugarcraftandcakeart.blogspot.com
Mr.Sharil (019-2349452)

BuNgA bUNgAaN MaMa




Fungsi 'PLACES' di facebook anda..

Friday, October 22, 2010

Fungsi “Places” Di Facebook baru dilancarkan. Apa yang anda tahu mengenainya?


Pihak Facebook melancarkan sebuah lagi fungsi pengguna Facebook, iaitu Places. Fungsi ini sangat berkait dengan privasi anda, justeru pastikan anda mengetahuinya!

Apa itu Places?

Secara umumnya, Places membolehkan anda mengumumkan (atau diumumkan!) lokasi tempat anda berada sekarang. Bila anda berada di sesuatu tempat, anda boleh “check in” di Places menggunakan Facebook Mobile dan lokasi anda tersebut akan dipaparkan di Facebook.

Lebih membimbangkan, orang lain (rakan-rakan anda) boleh “check in” bagi pihak anda, di luar kawalan anda. Sama seperti fungsi tag gambar yang di luar kawalan anda.

Fungsi ini walaupun ada kebaikannya, namun adalah berbahaya jika disalahguna. Contohnya seperti penculik yang tahu anda berada di mana, atau perompak yang menunggu anda keluar dari rumah, atau cuma sekadar stalker sama ada sepenuh masa atau sambilan!

Apa yang perlu dibuat?

Untuk mengetahuinya dgn lebih lanjut sila klik http://leokid.wordpress.com/2010/08/20/fungsi-places-di-facebook-baru-dilancarkan-apa-yang-anda-tahu-mengenainya...tq

Tempahan Nasi Kerabu

Thursday, October 21, 2010
Tengah menunggu call dari custumer...sekali terima call dr yang lain..Siti,nak tempah nasi kerabu buat keluarganya.sebab masa Ramadhan hari tu dia beberapa kali juga singgah gerai mama...

Tapi mama tak kenal masa tu..nak tolak takut yang pertama tak jadi...tapi dah lewat tak da la kotnyer yer..call puntak lagi niihh.so mama terima la...tak sampai 5minit yang tadi call lagi,cakap compon dia punya tempahan....

Hahaha mama pun menempah juga...menempah nahas masa...dia nak amik jam 9am nasi putih,kerutub daging,ayam goreng rempah,ulam2an n my special sambal belacan mak mentua...hahaha...siti punya nasi pula jam 11.30am...jenuh la pagi tu mama kelam kabut sorang-sorang kat dapur,My Laling and anak-anak ke sekolah...

ADUSSS....HOW, TELL ME?

Wednesday, October 20, 2010
Oh...sometime I'm so confused...i actully got alot thing of ideas in my head.but like something was blocked it out.then it make me stay in uncomfort zone...i want to make it realise but on ather part I ...like lost and feel weak...very dispointed!!!

Sometime i also feel give up but I know inside my self it really full of spirit to do it so...I always hope that all will come true someday.I just want a spirit to stand on it...like other...BEN ASHAARI, DAPUR TANPA SEMPADAN , REDMUMMY ,and etc...was really impressive!

CHOCOLATE INDULGANCE

Kek ni mama deco dia dalam masa 15mnit...hahaha.Terukkan tapi tak dak pilihan sebab masa tu tengah sibuk nak hantar catering...sekali teringat kek juga nak kena hantar...jadi prepared ia dalam penuh kekalutan...dan ini lah yang hanya mampu dipersembahkan..

Ketupat Daun Palas VS Sate

Sunday, October 17, 2010
Julung -julung kali dlam seumur hidup ni mama buat ketupat daun palas...daunnye kak.As Pak long yang bagi...bila?err sehari sebelum raya ari tuu...;-p

Sebenarnya kat sini mana nak ada ketupat daun palas ni...kalau ada pun time raya dan dibuat oleh mereka yang betul pakar la dari kg masing-masing.Tok Nab,Pak Long dah bagi resipi malam tu juga tapi sibuk sampai tak sempat...

Time raya pula dah kekenyangan sepanjang masa so jadi la ketupat after raya.lama betul ia kat dalam freez..tahan tu.Ha kebetulan ada daging so mama pun buat lah SATE....Caranya buat orang yang tak serapa rajin ni...perap daging cam biasa pah tu goreng dalam magic pan my Laling...hikhik..then cucuk ngan lidi...teror tk...?cam dok obersea pulop...

Tart Nenas ;Ala Rubiah Suparman

Saturday, October 16, 2010
Suatu hari yang hening mama masa zaman sekolah2 dulu time ada kelapangan,mama akan menonton tv...jarang nengok tv sebenarnya...kalau menunggu pun film baru Jackie Chan dan Jet Li yang cool down tu...hihihi

Masa zaman kita dulu mana nak ada Astro...so channel pun al maklum la sendiri...jadi nak jadi ke cerita pasai tart nenas ni,mama tengok sebuah rancangan masakan yang mana dikelolai oleh Pn.Izaidah Kairan...dan tetamunya pula kali itu ialah artis lama Rubiah Suparman...Mama suka dia sebab mukanya tu mirip benar dengan ibu mama tersayang.


Diaorang punya resipi hari itu ialah TART NENAS...oh tidak...oh itu biskut kegemaran ku oh tidak...lintang pukang masa tu berkejar mencari kertas dan pen.Dengan penuh semangat mama ambil perhatian dan cacatan...masih ingat rubiah suparman menceritakan yang tartnya itu sangt disukai oleh para mak datin dan pada tahun tersebut dia menerima lebih dari 10,000biji tempahan...Dan ya..biskutnya ini memang sedap sesangat..dan juga cantik pada mama sendiri...membuatnya mesti dengan penuh ketelitian...

Sira Pisang

Friday, October 15, 2010
Kali ni mama nak berceritakan tentang sira pisang....kalau kat kampung ku sira pisang rasanya takdak siapapun yang nak hairan...al maklum lah ianya merupakan dessert yang pasti ada dan yang penting pandai dibuat oleh kebanyakkan suri2 rumah...


Namun apa yang menjadi topik kita hari ini ialah....ia menjadi makanan yang ditunggu oleh sebilangan individu di Keningau ini kerana mama hanya menjualnya pada bulan Ramadhan tetapi ada yang menempahnya untuk majlis makan-makan.....Diaorang kata ia sangat sedap...eehmm tambahan pula hasil dari air tangan mama...hehehehe


Bahan-Bahannya ;-)
sesisir pisang kebatu yang masak
secawan Gula
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
pewarna kuning (optional)

Caranya ;-)
1.masak air gula sampai mndidih..tambah garam,pewarna dan daun pandan.
2.last masukkan pisang...hingga lembut.sejukkan,nah siap dihidang.

Mudahkan dan sedap sebagai pencuci mulut...

OCT KEK BIRTHDAY for guru2 SK.Pekan

K.ina selalu menempah kek dengan mama..kali ni katanya nak sponsor buat guru2 yang mana birthdaynya pada bulan sepuluh ni...tq akak
Mama buat kek blueberry atas permintaan nya...tp dek kerana terlalu busy dengan catering untuk sambutan hari raya sekolah my laling pada hari yang sama..yang mana mama kena masakkan 3 jenis lauk untuk 100 orang makan setiap satunya.biskut lima bekas n lima jenis juga...almaklum la sambutan aidil fitri tak berseri tanpa biskut raya khas buat VIP katanya kak ina...

Dah start buat baru mama perasan akak kita tak bagitau warna apa,juga tema untuk kali ini...hehe masa tu jam 4am...so pepandai mama je la memilih warna untuk kek special ni....ini size family...hampir 2kg beratnya...

So sesiapa di luar sana yang berminat untuk mencuba kek hasil dari tangan mama ni boleh la contact mama untuk temapahan ya...pasti anda akan menjilat pisau kek sampai berkilat...he3 ayat promosi niiihhh!

Cup Kek Pisang

Sunday, October 10, 2010
Kek pisang ni sangat senang nk membuatnya...sebab mama dapat resipi dari seorang teman lama...dan dia menamakannya kek pisang campak...hahahaha

Sebabnya resipi nya hanya apa yang ada - yg bersesuaian dengan kek pisang la..
Dan ianya tiada sukatan yang tertentu...pon begitu mesti relevan dengan kuantiti bahan yang digunakan lah ya...


Bahan2nya ;-)
5 biji pisang...apa2 jenis pun boleh
2 sudu gula halus
2 biji telur
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu soda bikabornat
1 sudu kecil esen pisang


Cara2nya ;-)
1.Pisang dilenyek...lalu dimasukkan gula,telur dan sedikit garam...gaul rata.
2.then soda serta esen...last masukkan tepung...
3.sama ada di bakar di oyang atau masukkan ke dalam cup kertas...dalam oven 180darjah celcius selama 30minit...


Selamat mencuba...

Pizza ...

Monday, October 4, 2010
Resipi pizza kali ini amik dari satu fotopages....memang sedap,my Laling pernah keja manager pizza hut pun kata pizza ni memang sedap...Si Adib yang cerewet makannya pon kata lagi sedap dari pizza hut...huhuhuhu
Bila ditaruk chesse manyk-manyak waaah terleleh ayak liuq mama masa ni ahh...sebab pizzanya dah abis dah...

Tentu korang pun nak juga kan resipi pizza yang memang hooliaauu niihhh...
Tapi bukan kt N3 ni sebab takdan sekarang ada kerja yang menuggu...nanti ada masa yang sesuai mama masukkan eak...

Roti Kismis Berempah

Sunday, October 3, 2010
Roti memang sedap dimakan terutama pada waktu pagi kan...Hari ini rasa rajin pula nak menguli roti.Anak-anak memang seronok betul bila mama bagitau nak buatkan roti hari ni.Teringat satu segmen masakan yang mana tetamunya ialah arwah Hani Mohsin.

Beginilah rupa roti yang mama tengok tu...tapi mama pakai guna resipi yang mama ada jer...nampak sedapkan.Doh roti ni...sebagaimana yang arwah buatkan,dohnya dileperkan dan ditaburi serbuk kulit kayu manis dan kismis...Manakala di atasnya ,setelah digulung dan dipotong....dihiasi dengan kismis dan sedikit blueberry. Hasilnya taadaaa...nyum nyum!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails