Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...
Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Nasi Ayam Hainan::::Tempahan Dari cikgu Aishah Comel

Wednesday, February 2, 2011
Emm sedap betul nasi ayam hainan ni...sapa-sapa yang masih belum merasa pasti tertanya apa bezanya kan...Yang paling special ialah ayamnya...ada bnyak versi tapi mama masukkan ayam steam dan bergoreng...memang berbeza dengan yang biasanya.
Supnya juga paling ketara rasanya dari yang lain...Sampai kalau ada yang suka sup ,4mangkuk belum tentu cukup untuk dihirup...emmm yum yummy..bon apetite to cikgu Aishah yang Comel serta ahli keluarganya yang lain...

Nasi goreng mama ala chinesse style

Wednesday, November 10, 2010

Dah Tak da keja ke...?pagi pagi buta,ayam pun tido lagi mama dah bergoreng nasi kat dapur...bukan apa,nasi yang ditempah oleh seorang guru untuk jamuan perpisahan selepas UPSR...penat betul goreng nasi ni...mana nak hancurkan nasi yang masih panas...nak goreng sekawah pula...ishkh...macam catering besar le sangat...kuali je tapi nak basuh pun susah...
jam 9.30 am siap hantar....alhamdulillah.

Tempahan Nasi Kerabu

Thursday, October 21, 2010
Tengah menunggu call dari custumer...sekali terima call dr yang lain..Siti,nak tempah nasi kerabu buat keluarganya.sebab masa Ramadhan hari tu dia beberapa kali juga singgah gerai mama...

Tapi mama tak kenal masa tu..nak tolak takut yang pertama tak jadi...tapi dah lewat tak da la kotnyer yer..call puntak lagi niihh.so mama terima la...tak sampai 5minit yang tadi call lagi,cakap compon dia punya tempahan....

Hahaha mama pun menempah juga...menempah nahas masa...dia nak amik jam 9am nasi putih,kerutub daging,ayam goreng rempah,ulam2an n my special sambal belacan mak mentua...hahaha...siti punya nasi pula jam 11.30am...jenuh la pagi tu mama kelam kabut sorang-sorang kat dapur,My Laling and anak-anak ke sekolah...

Nasi Keirabu....lagi dan lagi

Wednesday, July 7, 2010

NASI LEMAK PANDAN N TUMIS SOSEJ

Tuesday, June 1, 2010
Sambal tumis sosej...


Nasi lemak pandan...

Nasi lemak Special

Saturday, May 29, 2010


Nasi lemak special with jelatah.

Nasi Turkey Dan Rendang Ayam

Ayam Masak Rendang


Nasi Turkey


Tapau Nasi Turkey Dan rendang Ayam...

Nasi Minyak...Kari Ayam..

Nasi minyak


Acar Rampai


Masak kari ayam...
Tempahan dari PASTI.bagi Program Hari Keluarga sempana sambutan Hari ibu.
Terima Kasih PASTI,Keningau,Sabah.

NASI TOMATO Lagi

Wednesday, May 12, 2010

Kamera ku rabun dekat rupanya...emmm

Hari ni mama masak nasi tomato lagi..tapi diapit dengan terung bercili...nice combination to me.Still Hot n spicy...Harapan mama agar customers sukakan pilihan mama hari ini kerana mama sentiasa berharap setiap yang membayar merasa berbaloi dengan nilai wang yang dibelanjakan sebab mama pun customer seperti anda...yang mana turut mementingkan value 4 our money.tq

NASI LEMAK

Saturday, May 8, 2010
Hari ini anak2 cuti sekolah jadi mama masakkan nasi lemak..bukan apa kalau hari sekolah terlalu banyak kerja yang hendak disiapkan.Bukan bermakna nasi lemak susah untuk di masak tetapi hari cuti ni seronoknya boleh makan sama-sama,semua ada...anak2 pula kalau makan nasi lemak ni siap tambah2 lagi.

Yang paling seronoknya si ayieh la sebab dia suka benar makan telur rebus...3biji dalam satu masa pun dia boleh habiskan.Si Afiq pula sukakan sambal tumisnya.Ini la masakan pertama mama yang diminta oleh cikgu anisah untuk sekolahnya,4 tahun lepas.

Selepas hari tu dan sampai sekarang mama terjebak dalam bidang masakan catering.Peluang yang ada ni mama nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga untuk beliau kerana bagi mama dialah yang membuka pintu rezeki mama dan anak2.Terima kasih Anis.

NASI HIMPIT KELATE N KUAH KACANG

Saturday, April 24, 2010

A)Bahan nasi :
2cawan beras
plastik (sz 1kg gula)

Caranya:
1.Basuh dan masukkan beras dalam plastik trsebut,seal dgn api lilin.
2.Rebus dengan air yang bnyk hingga beras benar2 masak.
*lebih baik masak dalam kuantiti yang banyak...jimat gas....;-)


B)Bahan Kuah @Sambal Kacang:
1cwn kcg tnh(goreng tnpa mnyak n tumbuk ksar)
sekeping gula melaka(nise)
secawan air asam jawa
1/2 inci lengkuas(dititik)
santan pekat dari sebiji kelapa(2 cawan)
garam gula secukup rasa

*bhn kisar A;
15 tangkai cili kering
1/2 inci halia
7 ulas bwang merah
2 ulas bawang putih
2batang serai

*kisar kering B;
1/2 st jintan putih
1/2 st jintan manis

Cara membuatnya :
1.Tumis bhn kisar A sehingga garing dan msukkan bhn kisar B.
2.setelah naik bau msukkan semua bhn selebihnya.
3.agak sebati dan pekat dan kuah kelihatan berwarna agak gelap dan berkilat boleh la diangkat.

NASI TOMATO

Wednesday, April 21, 2010


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails