Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...

HaHaHa My FirsT FolkArT

Wednesday, October 12, 2011

 Haha jangan korang semua tak amik pusing dengan kehebatan mama ni...semakin menjadi-jadi ye...waaahhh betul-betul seronok bila dapat tahu cara melukis folk art yang sememangnya mama amat suka sejak dari dulu lagi ni.


Masa zaman sekolah-sekolah dulu mama selalu melukis bunga ros...hati memang seronok tengok bunga ros...tapi peliknya bunga ros hidup tak berapa suka sangat,apatah lagi kalau nak tanam ia dalam pasu...ada tu pernah mama lukis gambar bunga ros penuh satu tempayan besar...ibu mama seronok betul sebab tempayan lamanya itu berubah menjadi baru dan berwarna-warni lagi tu...

 Bila dah usia macam ni semangat nak melukis tu agak slow la sket....sampai la mama lihat kekawan kat fb misalnya buat macam-macam dengan FA ni...so mama pun konon-konon nya nak asah bakat lagi la ni...Hahaha nak gelak golek-golek juga rasanya ....bukan apa,diaorang buat FA guna cat Arcylic tapi mama ni belasah je guna cat minyak...cat murah-murah yang dalam tin tecit secoooiit tuu...ngeehngeeh


Ini hasil awal kija orang yang tak berguru ni ..main hentak je...ntah la betul ke idak nya cara ni...tapi resultnya macam korang tengok kat atas tu...amacam geng kira lulus juga la tu kan...kalau tanya mama...
MAMA OK JE...

Talam Marble

Tuesday, October 11, 2011


Resipi ni mama amik dari blog http://fromintankitchen.blogspot.com
Mama teruja betul bila menjenguk blog Kak ita ni...betul-betul seronok melihat cara dia menceritakan tentang satu resipi yang dikongsikannya itu...mama suka kak ita....biar la kak ita tak kenal pun mama ni... ;-)

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc

240 g tepung Hoen Kwee hijau
450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
1 sk garam
3 sb serbuk koko 
choc emulco - ita tambah
Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko. 
Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api. 
Loyang di griskan dgn minyak masak terlebih dahulu.
Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang. Sejukkan. 
Siap utk dipotong dan dihidangkan. 
Semasa memarbelkan adunan hendaklah lakukan dengan pantas kerana adunan cepat mengeras.

Untuk resepi ni ita hanya buat 1/2 adunan aje.. kak Ita cakap gunakan hanya santan kotak. dia guna 1 kotak santan 200 ml dan selebihnya dicampurkan dengan air untuk mencukupkan sukatan santan tu.

Pesan kak ita lagi.. talam ni selepas dibahagikan kena masak dalam dua periuk yg berasingan secara serentak.. tak leh masak satu2 nanti dia dah keras pulak.. jadi.. kena lah jadi wonderwomen sekejap! kacau guna dua2 tangan.. hihi 


http://fromintankitchen.blogspot.com

LAMA TK BERSIARAN

Thursday, October 6, 2011
Terlalu banyak gambar dan cerita yang terkumpul sekarng ni...tapi waktu agak mengekang dari merealisasikan cerita terbaru buat tatapan korang semua...Memang agak sibuk tapi mestilah ada masa yang terluang... tapi mama gunakannya untuk anak-anak mama tersayang...Hari ni 06hb Oct dan pada tarikh yang sama 5 tahun lalu...mama selamat bersalinkan anak mama yang ke-5...tetapi anak pertama yang lahir di negeri di bawah bayu ini...
Muhammad Farish Nama diberi...anak hensem mama yang disayangi ramai...hah dh 5 tahun...tahun depan dah nak masuk sekolah dh...tinggal la mama dengan si mauham je...Mama Sayang Ayieh!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails