Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...

THE LARGEST CAKE THAT I HAD EVER MADE

Saturday, May 29, 2010
Sizenya 2 kaki x 2.5 kaki....

Berperisa blueberry...

Sempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah...Sek.Keb. Pekan, Keningau, Sabah.

Style english country or shabby...


And polka dot combination...tq and Happy Teacher day 2010!

Kek Coklat Moist

Terima kasih sis dengan tempahan sempena hari guru yang dibuat...harap2 kek ini memuaskan hati ya...dan terima kasih juga atas kepercayaan ke atas diri ini.

Tempahan Hari guru



Choc Moist Cake...Thanks To my dear sis for odering.

Cake Choc Moist


Tempahan sempena Hari Guru 2010...Kek Choc Moist.

Nasi lemak Special



Nasi lemak special with jelatah.

MEE BANDUNG


Tempahan Hari guru




Kek choc Brownies

Special Request


Selamat hari guru...cikgu!


Tempah dari kenalan Laling mama...kek span but ask to cover by my special choc ganache.Patut la orng tak cover any sponge cake with ganache...tak seberapo nak melekat ehh..But i take another aplication...with stim ganache i kasi lumur and gegar sama dia then here the result!

Nasi Turkey Dan Rendang Ayam

Ayam Masak Rendang


Nasi Turkey


Tapau Nasi Turkey Dan rendang Ayam...

Nasi Minyak...Kari Ayam..

Nasi minyak


Acar Rampai


Masak kari ayam...
Tempahan dari PASTI.bagi Program Hari Keluarga sempana sambutan Hari ibu.
Terima Kasih PASTI,Keningau,Sabah.

Variasi Sosej



Selain boleh dimakan dengan hot dog...di sertakan dengan bun atau roti...sosej sangat digemari oleh anak2 mama sebagai lauk untuk nasi...hihihi

Yam yummy yummy...



Kek yam (keladi) ni mama buat kerana mama sendiri suka sangat dengan rasa yam nya itu...sebelum ni rasa compius bila ada orang cakap yam atau keladi sangat sedap...masa tu terbayang dan membayangkan rasa geli dan gatal ngan getah keladi serta...siput yang melekat kat batang pokok keladi,kat belakang rumah kat kg dulu...hehehe.

Deco kat atas muka kek ni mama cuba aplikasi deco yang maklangazie.blogspot selalu buat kat kek2 nya.Nasib baik menjadi...mama suka corak sebegini,sebabnya nampak meriah betul.

Brownies Mama





Alhamdulillah...tempahan untuk kek choc brownies mendapat sambutan yang menggalakkan dari para sahabat handai,ada yang tolong tempah untuk kawan2nya yang lain...ucapan terima kasih yang tidak terhingga dari mama buat yang banyak memberi sokongan moral yang tidak berbelah bahagi.

choc cup cake


Cik yang sedang megisi adunan ke dalam cup dengan penuh teliti.



Sebahagian large cup cake dengan choc moist special....

Roti Berendam

Friday, May 21, 2010
My Laling berpuasa...time camgini mesti dia rindukan masakan mak..senang kalau pegi kat gerai kuih dan tunjuk aje apa2 yang diingini tapi sah2 tak sama dengan apa yang dicitakan...

Roti Berendam (Sendirik letak namanya)

Bahan2nya ;-)

10 keping Roti (potong kecil2)
2 cawan santan
2 senduk gula @ gula melaka
sebiji telur
daun pandan (mama taruk perisa)
2 sudu tepung jagung
Kismis untuk hiasan

Cara-cara :-)

1.Kacau gula dan santan dalam kuali,setelah mendidih masukkan telur kacau lagi biar ia hancur dan nampak bertali telurnya.
2.Kemudian masukkan pula tepung jagung yang telah dilarutkan dalam air sebelumnya.diikuti dengan daun pandan.
3.sesudah masak dan pekat baru la di masukkan potongan roti.Siap taburkan kismis dan boleh la dihidang.

Fun Fries


Kentang sangat sesuai untuk anak2 yang sedang membesar kerana kandungan kabohidratnya yang tinggi dapat membekal tanaga untuk mereka.Terdapat kentang yang dah siap dijual di kedai-kedai tetapi selain mengandung bahan awet ianya juga tidak fresh...

Kentang atau fun fries sangat senang di sediakan...setelah siap di potong mengikut bentuk yang disukai,potongan kentang itu boleh terus digoreng.Namun jika anda ingan mengurangkan jumlah kandungan kabohidratnya,potongan kentang itu hendaklah direndam dalam air bersih semalaman..

Kek Coklat Moist


Ini adalah kek coklat moist yang agak lambat untuk habis...maklum la kalau dh selalu ada,anak2 ada banyak pilihan lain yang lebih sedap dan menarik bagi diorang.bukan bermakna kek ini tak sedap,sesiapa pun tau rasanya kan...so what must I do is...put some creative on it.change it look.with cream and colour,my and ur childs will like it.I just cut it on square shape that i also like almost n make it in mini sz.Then deco some idea,a simple one...in a few minutes a cute cakes disappear in a plate.

Strawberry cake


Strawberry cake...mama sukakan combinasi warna dan rasanya.Bila dipotong warna coklat berlapis halus dengan warna pink sangat indah dipandang mata.Ada seorang kawan cakap dia suka sangat rasa strawberry yang mama buat...tapi ada juga kawan mama yang cakap baunya langsung dia tak suka.hah kan kata walaupun kita suka yang teramat sangat ni,tetap ada individu lain yang langsung tak boleh terima.moralnya suka ,sayang,cinta dan benci tu berpada-pada la biar sederhana...

Faux cake

Monday, May 17, 2010
Look like a faux cake right...?In shabby style n colour..nice to see is't?
But..this is a real one,hahahaha..Nice to see and can eat also!
Order from my regular customer,request on english country style..hope u like also...

Acar rampai masak

Acar rampai masak:-)

2 bijiMentimun (potong buang biji n slice halus2)
/2 batang Carot(diracik)
1 biji Cili merah Mayang halus dan memanjang
1 s/teh biji sawi
1s/teh serbuk kunyit
cuka,gula garam secukup rasa
minyak untuk menumis


Cara2 :-)

1.Tumis serbuk kunyik dan biji sawi.
2.Masukkan gula garam dan cuka.biar hingga mendidih.
3.Kemudian masukkan semua bahan yang ada...agak lembut mentimunnya,maka siap la acar tersebut.
boleh hidang dengan nasi dan kari...

Happy Mother Day Cake


Happy mother day to all of mothers in the planet...

Pemanasan global

Thursday, May 13, 2010
Bahang pemanasan global memang dh lama kita di Malaysia ini rasaikan...Mama masih ingat sampai sekarang dalam tahun 1988 kalau tak silap panas pada tahun tersebut sangat ketara.Time tengahari panasnya terasa seperti nak pecah kulit lengan...yang lagi amat terasa bilamana dh tak tahan dek panas tu kipas la yang dicari...zaman-zaman kita dulu rumah orang kaya jerk yang ada air-cond.

Dek kerana panas terlampau-lampau,angin kipas yang dipasangkan itu pun bukannya jadi hawa sejuk nyaman sebaliknya hawa panas berangin.Ingat time tu nak nangis rasanya bila tiba time tengahari.Ibu mama pula seorang kreatif,selain dia siram atap dengan memancut air dengan saluran paip air bunga dia setiap dua jam skali...ibu kerah mama adik bradik angkat pasu bunga-bunganya yang lebat merimbun aura dari sejuknya tangan yang menanam,masuk ke dalam rumah.Jadi cerita kat dalam rumahnya pula..ibu mama creat rock garden atau mini garden yang sampai sekarang masih mama ingat ada 2-3 sudut ibu buat,begitu indah dan cute.

Ibu pula sentiasa beri galakan agar mengumpul barang antik, cantik dan indah yang mana boleh disesuaikan dengan mini gardennya itu.Mama pula pantang dok kat situ mula la menyusun atur balik barang-barang yang ada di situ,yang sememangnya dah tersusun...(gatal tangan)tapi ibu tak pernah marah bila mama re-og dia punya mini garden.

Manfaat dari mini gardennya itu sedikit sebanyak menyaman kan rumah kami.Ada kawan2 sekolah yang datang ke rumah mesti dok lama2,seronok dan nyaman kata mereka.Ada juga yang minta nak tido kat rumah..eh eh.Itu cerita Zaman mama la..zaman indah yang akan menjadi kenangan sepanjang hayat ini...

Kini boleh kata setiap hari pun panaskan...cuma tak seberasa terasa sangat la kalau kat rumah mama,sebabnya si Farish tak kira pagi petang siang malam hatta dinihari pun dia akan switch on kan air cond.Kesian anak2 yang sekolah waktu petang di Sek. keb_ _ _ _ _ _ _ _ _ _,tengahari memang dah panas...dalam kelas pula dengan keadaan ramai2 tu...boleh kata setiap hari kipas tidak dapat berfungsi sebabnya ;anak mama la cakap switch rosak...takda karan,takda bilah kipas? dan mcm2 la takdenya untuk hari ini hari kelmarin...jua hari-hari yang mendatang.Kesian kan jika sesiapa pun takda la sebab anak mama semata2.Di era pembangunan yang pesat...Kementerian Pelajaran asyik gah bangkit melaungkan peri kepentingan pembelajaran dan situasi tempoh proses itu dapat berlangsung dengan kesesuaian status negara kita Malaysia yang semakin membangun..kesan pemanasan global nescaya mengambil alih ruangan kelas anak2...sian anak2 kan?

NASI TOMATO Lagi

Wednesday, May 12, 2010

Kamera ku rabun dekat rupanya...emmm

Hari ni mama masak nasi tomato lagi..tapi diapit dengan terung bercili...nice combination to me.Still Hot n spicy...Harapan mama agar customers sukakan pilihan mama hari ini kerana mama sentiasa berharap setiap yang membayar merasa berbaloi dengan nilai wang yang dibelanjakan sebab mama pun customer seperti anda...yang mana turut mementingkan value 4 our money.tq

Nyembang sket eak..TOINK TOINK bla bla bla

Rasa agak pelik juga bila mama nengok n jenguk beberapa blog di arena ini...hmm.Cam dia org kejar sesuatu je..tapi apa dia eak...cam juga berlumba-lumba dalam bidang masing-masing..Kalu nak ikut setiap yang menarik antara blog-blog trsebut sampai pagi esok pun mama masih still nak tilik skrin lap top laling mama ni...biar pun Laling dh berdengkur dengan pelbagai irama..Tapi tanggungjawab lain setia menunggu..mengharapkan perhatian yang penuh kasih sayang dari mama.anak-anak,kain baju..urus dapur ,FnB of course..pokok dalam pasu nk bersiram dll lagi.

Apa pun kita mesti mengutamakan apa yang utama juga ya..not only first come 1st serve.Pernah terpikir oleh ku...cam mana jg la semua blog2,web2 dll dlm net kita di dunia ini bersarang dalam jaringan yang ada.Banyak bebonar tu...yang still idup dn sentiasa diguna pakai..trmasuk blog mama ni...jg blog mama juga yang ada di sana diii sanaa...yang dh terlupa psswordnya itu..apa akan jadi at the ending all of this..let we think 4 a little while???

Macam mana kalu kata la tiba-tiba je menda alah tu dikatakan penuh...macam mana generasi depan...anak-anak ku..anak-anakmu..and future anak yang bakal lahir nk guna dalam apa jua tujuan tapi doaku agar ke arah kebaikan ler hendaknya,Insyallah.

To be continue...

TERUNG BERCILI

Hari projek tapau menapau disambung kembali...Kalau biasa nasi apa2 pun mama suka letak acar rampai untuk sayur nya tapi hari mau cari kelainan pula.Terung bercili yang menjadi pilihan hatiku.

Bahan-bahannya :-)
4 biji terung (dibelah 4 n potong 1.5 inci panjang)
10 tangkai cili kering (dikisar)
2 ulas bwang putih
selabu bawang besar
2 sudu besar udang kering (dikisar halus)
cili merah dan hijau
gula garam dn aji secukup rasa...
minyak untuk menumis

Cara masak dia pula cam biasa tumis semua bahan di atas,pahtu msukkan terung last sekali masukkan cili agar tak layu sangat...agar sedap di mata dn sedap di mulut...

KEK BIRTHDAY ALONG......

Tuesday, May 11, 2010
Along n abahnya, their birthday fall in june,this pic is their last birthday cake...buy it at bakery shop,hehehe.

Actually got this cake in plain colour,white as a white choc cake...but i can't stop my hand to put on something colourful for them..And my dear Geminies tell u what..just wait for ur coming b'day cake,june is in the conner.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails