Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...

CupCake si Kakak Buat Tersayang

Saturday, July 30, 2011




KEK COKLAT TANPA MENTEGA

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Ais Krim Pelangi

Sunday, July 17, 2011

BAHAN
1 biji telur
2 sudu besar overlatte
1/2 tin susu pekat
1 tin air suam
1/2 tin susu cair @ susu segar
1 sudu teh esen vanila

-putar semua bahan diatas sehingga kembang & gebu....
-kemudian bahagikan kepada 4 bahagian (1) kuning (2) pink (3)hijau (4) ungu
-kemudian masukan kedalam bekas berselang seli ( seperti buat kek mable)....
-bila sudah siap masukkan kedalam peti sejuk & biarkan ia beku...
- SIAP....
(resepi Ana Ina share oleh AzNie RozIma )

Happy Birthday Ceceq Cik Siti Tmn Sabana


Happy Birthday Along Cik Siti Tmn Sabana




BISKUT FRAMBOZEN KENARI

sumber :KR Zuraini Alias

r
Dari My HappY Oven...bislutnya sangat rangup dan paling top tempahannya...
500gm butter
700gm tepung gandum
110gm gula caster

Sedikit jem ( gunakan jem blackcurrant lagi sedap )
Bahan Taburan :
Badam hiris
Bahan Topping ( Dipukul Hingga Kembang ) :
120gm putih telur
240gm gula halus
2 sudu teh tepung jagung

Nota : Pantang larang topping; Jangan terkena sebarang minyak atau butter, nanti kuih bantut

Cara Membuatnya :
Gula caster dan tepung digaul rata.
Masukan butter dan uli hingga menjadi satu doh yang lembut.
Canaikan adunan dalam loyang 9 x 12 x 1.
Rata-ratakan dan dilubangkan dengan garpu.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C atau 170'C selama 10 - 12 minit atau hingga kekuningan.
Keluarkan dan sapu dengan jem dan kemudian topping, badam hiris dan bakar lagi selama 10 minit.
Biskut ini dipotong semasa panas.

TIRAMISU

Saturday, July 16, 2011

Kek Along


Happy Birthday to Kak Yong

 Kek Choclate Indulgance 

 Katanya...sume suka and Bapa nya yang tak suka kan kek pun suka juga...Mama betul-betul puas hati...

Ini tahun kedua kek birthday nya kak Yong ditempah dengan mama...Kali ni tepat pada tarikhnya...sama dengan Along mama cuma Kak Yong setahun je lebih dari Along Mama...

fancy cookies

Friday, July 15, 2011

bhn2:
250g buttter
50g gula kaster
1 biji telur
1 biji kuning telur
300g tepung gandum
1 sudu mkn tepung jagung
100g serbuk badam
1 sd teh esen vanilla

cara membuatnya :
- putar butter bersama gula hingga kembang
- msukkn telur & esen vanila.putar sehingga sebati
- msukkn tepung & serbuk badam. uli sehingga menjd doh
- canai doh setebal 6mm dan tekan ngan penerap biskut.
- celup hjg stick dgn sedkit putih telur. tekan pd hujung biskut
- tampal / tutup sedikit dgn adunan doh atas permukaan stick yg di tekan
- bakar selama 20minit pd suhu 150'c
- sejukkn sblm diangkat

untuk royal icing :
1 biji putih telur - lebihan dr biskut td
200g gula icing - nk kurangkkn pun boleh
1sd teh perahan lemon

- putar putih telur hingga soft peak
- msukkn gula & air lemon td & putar hingga menjd stiff peak.
- msukkn pewarna yg disukai..

* dh hias 2 msuk dlm oven blk dlm 5mnit.klu x msuk takut bebdk skit perut pulak mkn telur x msk...

BISKUT GREEN PRINCESS

Friday, July 8, 2011
BISKUT GREEN PRINCESS
sumber : majalah saji sept'07

Bahan A

100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

Bahan hiasan :
coklat masakan putih
manik gula warna warni

Cara
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.
 

KUIH LAPIS

KUIH LAPIS
BAHAN(resepi MAT GEBU)
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 cawan gula (bleh tambah klu nk manis...agak2 jer...)
600ml santan pekat
800ml air
sedikit garam
1 sudu teh esen vanila
pewarna merah & hijau

-masuk semua jenis tepung, gula, garam,santan & air dlm mangkuk.. gaul hingga sebati & tapis....
-bahagi adunan kepada 2 bahagian..(1)merah (2)putih
-tuang 2 senduk adunan merah dan kukus selama 10 minit..
-kemudian tuang 2 senduk adunan putih dan kukus lagi 10 minit....
-ulang proses melapis hingga habis semua adunan...
-lap penutup kukus setiap kali hendak menutupnye semula...
-sejukkan danl bru bleh dipotong...

PudingTEMBIKAI

PUDING TEMBIKAI.....
BAHAN ( Resepi Kaklong Lyn)
1 paket agar2
kulit2 roti-koyakkan (8 keping) }aznie bubuh 2 keping kulit roti bahagian atas & bawah jer.....
6 cawan air
1 1/2 cawan gula (kurangkan kalau x suka manis)
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila

-rebus agar2 ngan air..
-bila sudah larut masukkan gula..
-apabila mendidih masukkan mentega..
-kemudian masukkan susu..
-ambil sedikit adunan agar2 ni kemudian blendkan ngan roti sampai sebati..
-kemudian tuang semula kedalam agar2 tadi..kacau rata...
-ambil sedikit adunan untuk diwarnakan ngan warna coklat untuk buat biji tembikai nanti..apabila sejuk potong kecil2...
-dlm bekas lain bubuh sedikit warna hijau..masuk ke dalam loyang...jangan banyak sangat cukup untuk buat kulit dia je...biar beku skit je jangan beku sangat nnt x melekat pulak bila bubuh warna lain..
-lepas tu letak adunan plain untuk buat kulit yang warna putih pulak...biar beku sedikit..
-kemudian letak adunan warna merah pulak...
-tabur agar2 coklat tadi untuk buat biji tembikai..biar beku betul2...sedap dimakan sejuk2.....

Kek Untuk MajlisPASTI Keningau





Biskut Tart Strawberry

Ehsan Google
Bahan 
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla (aku gantikan dengan strawberry esen dan strawberry emulco)
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
*pewarna merah

Cara
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem strawberry sebesar biji kurma.
7. Letakkan jem strawberry diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

BLUEBERRY ROLL TART BISCUIT

(ehsan google)
TART GULUNG BLUEBERRY
Sumbangan : Kak Ita dari RNET

BAHAN A
250gm butter
2 st gula kastor
2 biji kuning telur
2 st esen vanilla (aku gantikan dengan blueberry esen)
*pewarna ungu

BAHAN B
200gm tepung jagung
180gm tepung gandum

CARA-CARA:1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan bahan B & sebatikan menjadi doh yang lembut
3. Masukkan ke dalam acuan tart gulung & bentukkan & letak inti di dalam.
4. Bakar 25 minit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails