Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...

Masa Rehat

Tuesday, December 13, 2011
Assalamualaikum buat semua....salam dari mama buat pengunjung yang banyak menyokong secara moral amnya...hehehehe..mama sekarang sedang bercuti weii..sekarang aada kat umah ibu kat kuala krai kelate...seronok betul bila sekali sekala balik kampung ni..apa lagi kalau poket pun berisi pula,ye lah semua nak kira boleh je la...takyah nak pikir banyak dah...Tapi yang tak ak nyamannya bila dah terbelanja kat bebenda yang tak berapa penting tuu...;-)

Tapi yelah la kalau wang dalam tangan,cepat betul lah mengalir keluarnya tu....menci betul la aku!!masalah rabun mata pun ye...tamak haloba pun ye juga la tu yer...HaHahaHa
Itu cerita belanja....iskh!! Ni lagi satu cerita yang mama paling tau punya...pasai makan niiihhh...Ya Allah kalau dah ada kat kampung ni segala macam benda juadah ...terasa macam nak cekik je sume2nya tu...pantang tuk nenek...mama pula sama juga...oii..pantang jumpa mmaaa!My laling pun sama juga tuu,wah klau pi pasaq malam nuu,sume2 menda dia nak..tapi mama kan best wife in d world...Hahaha...selalu la jadi penapis sbelum nak beli apa-apa...Honestly cakap...we takut demuk ooo...althought memang dh dalam list dah mukhtahir ni...ekekekek

Now dah at d coner nak balik dari bercuti ni...so masa untuk 'bedah siasat' apa yang patut dan tak patut dah time ni...apa yang tertinggal,apa yang belum dibeli...pakaian anak-anak sekolah...ect...

Last 2 week hari tu mama n family trip with train ke KL...sampai aroun 9am,mandi n bersiap pula jam 10am ke Cameron Highland...Rush betul time tu..yela nak control anak-anak...n segala macam benda nya...wah seronok betui kat sana tuu weeii..Dari C.H kami besok nya awal pagi lagi selepas berposing berangkat ke Pulau Pinang....Really tired tapi seronok ....Then what next nya mama? nanti rajin pula mama cerita n tepek picture nye sekali yer..
.:::::salam  salam buat semua::::

Moga Allah Sentiasa Dengan Rabb Nya...

Wednesday, November 16, 2011

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Wallahualam samada benar atau tidak.Minta pada mana2 yg alim hadis dpt
merungkai persoalan samada benar atau tidak.

Faux Cake Lemon La kunun:::ekekek



Simple cheese cake

Bahan-bahan ( 18 cm )

  • 250g cream cheese
  • 200cc/ml fresh cream/plain yogurt
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 90g gula

Cara-cara

  1. Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
  2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
  3. Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
  4. Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
  5. Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap.

Kek Coklat Kukus Lembab

Tuesday, November 15, 2011

Bahan-bahan ( size loyang 18cm )

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cwn serbuk koko van houten
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 kotak susu coklat (250ml)
  • 2 biji telur (size M)
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan minyak masak n esen vanila
  • TOPPING
  • 3-5 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan serbuk koko van houten
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar susu segar

Cara-cara

  1. Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg.
  2. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder.
  3. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan.
  4. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati.
  5. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan.
  6. Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan....

ROTI PLANTA MANIS



Adapted from : Puan Roshayati Johari


Ingredients :

1 egg
Approximately 200g lukewarm water (egg + water = 265g)
150g sugar
6g salt
5g bread softener
500g bread flour/high protein flour
20g milk powder
5g bread improver
11g instant dried yeast
80g Planta margarine

Topping :

Coarse sugar
Enough Planta margarine


Method :

1. Into the breadmaker pan, pour in the water and egg. Add sugar, salt and bread softener.
2. Top it with flour, milk powder, bread improver and instant dried yeast.
3. Set the bread maker to DOUGH setting and press start. When the dough is just combined, add in 80g margarine. Leave the bread maker to finish the cycle which takes about 1 1/2 hour or so.
4. Remove the dough from the pan and divide the dough into 20 equal portions. Roughly about 49 to 50g each.
5. Form each portion into a ball and arrange on a baking tray. Leave to rise for another 30 minutes or so.
6. Before baking, brush the dough with some fresh milk and use a scissor to cut the top of the dough.
7. Place a dollop of Planta margarine on top and sprinkle with some coarse sugar.
8. Bake in a pre-heated oven at 180c for 20 to 25 minutes or till golden brown.
9. Once out of the oven, brush with a bit of butter. Place on a wire rack to cool. Keep in an airtight container.

From Rania To Teachers n Freinds

 Ell Sarah here is your cake

 With cartoon image...,Minie Mouse

At the end to end of 2011...i really busy with prepared a booked cakes,flowers n catering to all friend...
tq to all of you..
Huge n Love to all of you dear..

HaHaHa My FirsT FolkArT

Wednesday, October 12, 2011

 Haha jangan korang semua tak amik pusing dengan kehebatan mama ni...semakin menjadi-jadi ye...waaahhh betul-betul seronok bila dapat tahu cara melukis folk art yang sememangnya mama amat suka sejak dari dulu lagi ni.


Masa zaman sekolah-sekolah dulu mama selalu melukis bunga ros...hati memang seronok tengok bunga ros...tapi peliknya bunga ros hidup tak berapa suka sangat,apatah lagi kalau nak tanam ia dalam pasu...ada tu pernah mama lukis gambar bunga ros penuh satu tempayan besar...ibu mama seronok betul sebab tempayan lamanya itu berubah menjadi baru dan berwarna-warni lagi tu...

 Bila dah usia macam ni semangat nak melukis tu agak slow la sket....sampai la mama lihat kekawan kat fb misalnya buat macam-macam dengan FA ni...so mama pun konon-konon nya nak asah bakat lagi la ni...Hahaha nak gelak golek-golek juga rasanya ....bukan apa,diaorang buat FA guna cat Arcylic tapi mama ni belasah je guna cat minyak...cat murah-murah yang dalam tin tecit secoooiit tuu...ngeehngeeh


Ini hasil awal kija orang yang tak berguru ni ..main hentak je...ntah la betul ke idak nya cara ni...tapi resultnya macam korang tengok kat atas tu...amacam geng kira lulus juga la tu kan...kalau tanya mama...
MAMA OK JE...

Talam Marble

Tuesday, October 11, 2011


Resipi ni mama amik dari blog http://fromintankitchen.blogspot.com
Mama teruja betul bila menjenguk blog Kak ita ni...betul-betul seronok melihat cara dia menceritakan tentang satu resipi yang dikongsikannya itu...mama suka kak ita....biar la kak ita tak kenal pun mama ni... ;-)

Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc

240 g tepung Hoen Kwee hijau
450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
1 sk garam
3 sb serbuk koko 
choc emulco - ita tambah
Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko. 
Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api. 
Loyang di griskan dgn minyak masak terlebih dahulu.
Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang. Sejukkan. 
Siap utk dipotong dan dihidangkan. 
Semasa memarbelkan adunan hendaklah lakukan dengan pantas kerana adunan cepat mengeras.

Untuk resepi ni ita hanya buat 1/2 adunan aje.. kak Ita cakap gunakan hanya santan kotak. dia guna 1 kotak santan 200 ml dan selebihnya dicampurkan dengan air untuk mencukupkan sukatan santan tu.

Pesan kak ita lagi.. talam ni selepas dibahagikan kena masak dalam dua periuk yg berasingan secara serentak.. tak leh masak satu2 nanti dia dah keras pulak.. jadi.. kena lah jadi wonderwomen sekejap! kacau guna dua2 tangan.. hihi 


http://fromintankitchen.blogspot.com

LAMA TK BERSIARAN

Thursday, October 6, 2011
Terlalu banyak gambar dan cerita yang terkumpul sekarng ni...tapi waktu agak mengekang dari merealisasikan cerita terbaru buat tatapan korang semua...Memang agak sibuk tapi mestilah ada masa yang terluang... tapi mama gunakannya untuk anak-anak mama tersayang...Hari ni 06hb Oct dan pada tarikh yang sama 5 tahun lalu...mama selamat bersalinkan anak mama yang ke-5...tetapi anak pertama yang lahir di negeri di bawah bayu ini...
Muhammad Farish Nama diberi...anak hensem mama yang disayangi ramai...hah dh 5 tahun...tahun depan dah nak masuk sekolah dh...tinggal la mama dengan si mauham je...Mama Sayang Ayieh!!

JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI

Thursday, September 15, 2011

Haa...jangan tak baca niiihhh...


ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…

“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Alternative Treatment ( Tips )

Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .

Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.

Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.

Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?

Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.


TRiFFLe Yang sonang Bah...

Tuesday, September 13, 2011
 ‎1 cwn kastard, 1tin susu cair, 1tin susu pekat, 2tin air,1 tin koktail, secubit garam...untuk lapisan atas 1 kotak jelly nona...


CARA: sejat koktail..ambik air..satukan semua bahan..kacau atas api sampai likat..dalam 20 min..memang nampak cair..tp bila sejuk ok laa..bila sejuk bancuh jelly ikut arahan pd kotak..bila jelly sejut sikit tuang atas kastard..tabur buah koktail

BALANG BERHIAS

Monday, August 1, 2011

SELAMAT BERPUASA BUAT SELURUH UMAT ISLAM SEDUNIA

Selamat pagi dan salam ramadhan....selamat berpuasa ye....
Wah dari malam tadi dalam kepala ni,apa juga lah yang dibuat hari ni...nak masak apa untuk My Laling yang banyak membantu dalam perjalanan hidup ini...untuk anak-anak mama yang dikasihi...yang sentiasa menemani dan banyak juga membantu mama...kat dapur...buat kuih...buat biskut raya...buat kek...makan sama-sama...tolong angkat n sidai kain dan segala macam lagi....mama sayang semua...

Jadi hari dah mula puasa jadi mama akan buat yang terbaik untuk keluarga mama ini....dan yang mana terlibat dalam hidup mama seluruhnya...Ya Allah permudahkan lah kepada ku atas segala tanggungjawab dan kerja yang akan aku kerjakan...

Azam mama semoga tahun ini dapat kumpul banyak-banyak pahala dan yang terbaik dalam menjalani ibadah yang mencabar ini....Tapi nak masak apa untuk berbuka ni...mesti yang mama masak...takda kuih dari kedai yer...hehehehe...

AIR TANGAN IBU ADALAH SUCI DAN TERBAIK UNTUK SELURUH AHLI KELUARGANYA...ALHAMDULILLAH

CupCake si Kakak Buat Tersayang

Saturday, July 30, 2011




KEK COKLAT TANPA MENTEGA

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

  • 2 biji telur
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan gula perang
  • Bahan A
  • 1 sudu kecil vanila
  • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
  • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
  • Bahan B
  • 2 sudu kecil sodium bicarbonate
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung gandum
  • ==============================
  • ** Topping **
  • 1/2 cawan koko van hauten
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Pukul telur hingga kembang
  2. Masukkan gula dan pukul lagi
  3. Kemudian masukkan minyak masak
  4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati.
  5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
  6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Ais Krim Pelangi

Sunday, July 17, 2011

BAHAN
1 biji telur
2 sudu besar overlatte
1/2 tin susu pekat
1 tin air suam
1/2 tin susu cair @ susu segar
1 sudu teh esen vanila

-putar semua bahan diatas sehingga kembang & gebu....
-kemudian bahagikan kepada 4 bahagian (1) kuning (2) pink (3)hijau (4) ungu
-kemudian masukan kedalam bekas berselang seli ( seperti buat kek mable)....
-bila sudah siap masukkan kedalam peti sejuk & biarkan ia beku...
- SIAP....
(resepi Ana Ina share oleh AzNie RozIma )

Happy Birthday Ceceq Cik Siti Tmn Sabana


Happy Birthday Along Cik Siti Tmn Sabana




BISKUT FRAMBOZEN KENARI

sumber :KR Zuraini Alias

r
Dari My HappY Oven...bislutnya sangat rangup dan paling top tempahannya...
500gm butter
700gm tepung gandum
110gm gula caster

Sedikit jem ( gunakan jem blackcurrant lagi sedap )
Bahan Taburan :
Badam hiris
Bahan Topping ( Dipukul Hingga Kembang ) :
120gm putih telur
240gm gula halus
2 sudu teh tepung jagung

Nota : Pantang larang topping; Jangan terkena sebarang minyak atau butter, nanti kuih bantut

Cara Membuatnya :
Gula caster dan tepung digaul rata.
Masukan butter dan uli hingga menjadi satu doh yang lembut.
Canaikan adunan dalam loyang 9 x 12 x 1.
Rata-ratakan dan dilubangkan dengan garpu.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 160'C atau 170'C selama 10 - 12 minit atau hingga kekuningan.
Keluarkan dan sapu dengan jem dan kemudian topping, badam hiris dan bakar lagi selama 10 minit.
Biskut ini dipotong semasa panas.

TIRAMISU

Saturday, July 16, 2011

Kek Along


Happy Birthday to Kak Yong

 Kek Choclate Indulgance 

 Katanya...sume suka and Bapa nya yang tak suka kan kek pun suka juga...Mama betul-betul puas hati...

Ini tahun kedua kek birthday nya kak Yong ditempah dengan mama...Kali ni tepat pada tarikhnya...sama dengan Along mama cuma Kak Yong setahun je lebih dari Along Mama...

fancy cookies

Friday, July 15, 2011

bhn2:
250g buttter
50g gula kaster
1 biji telur
1 biji kuning telur
300g tepung gandum
1 sudu mkn tepung jagung
100g serbuk badam
1 sd teh esen vanilla

cara membuatnya :
- putar butter bersama gula hingga kembang
- msukkn telur & esen vanila.putar sehingga sebati
- msukkn tepung & serbuk badam. uli sehingga menjd doh
- canai doh setebal 6mm dan tekan ngan penerap biskut.
- celup hjg stick dgn sedkit putih telur. tekan pd hujung biskut
- tampal / tutup sedikit dgn adunan doh atas permukaan stick yg di tekan
- bakar selama 20minit pd suhu 150'c
- sejukkn sblm diangkat

untuk royal icing :
1 biji putih telur - lebihan dr biskut td
200g gula icing - nk kurangkkn pun boleh
1sd teh perahan lemon

- putar putih telur hingga soft peak
- msukkn gula & air lemon td & putar hingga menjd stiff peak.
- msukkn pewarna yg disukai..

* dh hias 2 msuk dlm oven blk dlm 5mnit.klu x msuk takut bebdk skit perut pulak mkn telur x msk...

BISKUT GREEN PRINCESS

Friday, July 8, 2011
BISKUT GREEN PRINCESS
sumber : majalah saji sept'07

Bahan A

100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

Bahan hiasan :
coklat masakan putih
manik gula warna warni

Cara
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.
 

KUIH LAPIS

KUIH LAPIS
BAHAN(resepi MAT GEBU)
2 cawan tepung beras
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
1 cawan gula (bleh tambah klu nk manis...agak2 jer...)
600ml santan pekat
800ml air
sedikit garam
1 sudu teh esen vanila
pewarna merah & hijau

-masuk semua jenis tepung, gula, garam,santan & air dlm mangkuk.. gaul hingga sebati & tapis....
-bahagi adunan kepada 2 bahagian..(1)merah (2)putih
-tuang 2 senduk adunan merah dan kukus selama 10 minit..
-kemudian tuang 2 senduk adunan putih dan kukus lagi 10 minit....
-ulang proses melapis hingga habis semua adunan...
-lap penutup kukus setiap kali hendak menutupnye semula...
-sejukkan danl bru bleh dipotong...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails