Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...

Sos Sweet Sour

Thursday, September 23, 2010
Selamat pagi semua...malam tadi Cik Nur call mama,borak bukan main sakan ni...pasal raya-Selamat Hari Raya....Last baru dia bagitau nak tempah Sos Sweet n Sour,untuk sambutan hari raya kat sekolahnya...Mulanya dia minta masak paprik tapi dah tengah malam...barang mentah tak mencukupi...Nak pula minta tumpang Kak Jah jiran mama yang satu sekolah dengannya,nak jalan 8.30am tadi..Alhamdulillah siaplah dengan segala benda yang ada dan....pinjam cili merah 3 biji ngan K.Jah,hikhikhik

Sweet N Sour Souce :-)

3 senduk penuh Sos cili
(kalau nak kurangkan sos dan bajet boleh guna separuh cili boh)
2 labu Bawang Besar - potong dadu/cincang
1/2 batang carot- belah dua slice sederhana nipis
2 biji tomato -potong dadu besar
1 batang mentimun - belah 4 slice tebal
1 tin nenas kiub -cincang sket ya..
1 senduk Minyak masak
2 sudu tepung jagung - larut dalan 1/2 cawan air
Gula Garam dan Cuka - secukup rasa


Cara-Caranya ;-)

1.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bawang besar dan carot hingga sedikit layu.
2.masukkan sos cili @ cili boh hingga pecah minyak.
3.tambahkan air,sampai mendidih
4.tambah gula,garam dan cuka secukup rasa.
5.Sambil mengacau perlahan-lahan tuangkan air tepung jagung.agar ia tidak berketul kacau sampai sos mendidih dah berkilat-jika tak pekat just add air tepung jagung for more..dalam sesudu begitu.
6.bila sos sudah pekat dan secukup rasa masam manisnya,bolehlah dimatikan api dapur dan masukkan potongan mentimun,nenas,tamato...atau aksesori lain yang bersesuaian seperti lada bengala,bunga kubis dsb.


Sos ini boleh digunakan bersama ikan,isi ikan goreng tepung,ayam dan lain-lain yang disukai dan bersesuaian dengan selera masing-masing.

Selamat mencuba...

Cup Cake...i like it




Ditempah oleh seseorang untuk seseorang...hehehe.Kadang-kadang terfikir sendirian diri ini bila mana menatap gambar-gambar kek,cup cake dan juga gubahan-gubahan yang mama buat.Besar sungguh anugerah dari Allah buat diri hambaNya ini....Sungguh dalam di sudut hati mama kadang rasa tak percaya semua ini adalah dari air tangan mama...yang tak pernah belajar dari orang lain atau sertai mana-mana kelas pun.

Gubahan Bunga ;Tempahan

Wednesday, September 22, 2010


My Biskut Raya 2010

Tuesday, September 21, 2010
Selamat Hari Raya yang ke12...hari ini mama nak amik kesempatan berceritakan perihal biskut raya mama buat tahun ini...masa dok buat hari tu mama betul2 sibuk,mana nak fokus kat biskut,kat katering dan juga sibuk dengan berniaga di tapak ramadhan,jual nasi kerabu la...betul-betul diselubungi kesibukan tahap maksima gitu...sampai mama tahun ni langsung tak dapat cari baju raya...ngeee

Balik kita bercerita pasal biskut raya pula...untuk tahun ni sebanyak 20 jenis biskut yang berjaya mama buat dan jualkan.Alhamdulillah dengan pertolongan seorang kakak ku ini Kak Zana,banyak juga lah biskut yang dapat disiapkan sebulan sebelum puasa...masa bulan puasa,lebih kurang dalam dua minggu awal puasa K.Zana masih sudi datang menghulurkan pertolongan buat diri mama ini...hai tak boleh nak cakap macam mana mama nak ucapkan terima kasih yang betul tulus ikhlas buat K.Zana mama ni...

Nak tahu kenapa?K.Zana tolong mama tanpa berbayar...hanya pada Allah mama pohon atas segala kebaikan buat diri K.Zana serta ahli keluarganya.

Biskut Almond White Ball
Yang ini pula Biskut Shortbread Pandan,hijau...yang belakang tu shortbread milky,putih.

biskut Jintan...habbatus Sauda atau jintan hitam...ada juga yang menamakannya biskut cerelec.Sebab luarnya berbalut susu tepung dan nestum baby..

Biskut kesukaan mama..Tiger Eyes...ada berani?ekekekek

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2010

Sunday, September 19, 2010

Selamat hari raya Aidil fitri khas buat semua...semoga aidil fitri tahun ini membawa lebih keberkatan kepada kita semua...Kononnya tahun ini kaler temanya cream....dek kerana terlalu busy ngan biskut raya mama telah terlalai dalam peri hal baju raya ahli keluarga...so jadi lah hijau cream...
Namun anak-anak mama masih boleh tersenyum dengan lebarnyer...di pagi hari raya ini...walaupun terpaksa lewat turun berjalan raya kerana mama ambik masa siapkan tempahan bunga buat ci wan saripah...

Apapun sebelum keluar....kami sempat bergambar...sempena raya tahun ini...

My Laling...Senyuman Hari Raya niiihhh...macam YB la pula...

Abah n anak6...sayang mama bucuk2...


Aksi manja ayieh n achik...standby nak pi kutip duit raya la ni...hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails