Be Part of My Life

MAMAMISHA

Photobucket

IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}

Advertisement

Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!

Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...

Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...

Cheese Cake With Ganache

Monday, December 6, 2010
Kek Cheese yang dihisi dengan ganache...Lapisan dalamnya adalah kek ala indulgance but with cheese cream filling...


SUdah siap diikat unuk dihantar kepada tuan nya...Alhamdulillah mereka sangat menyukainya sesangat...

Bekas Permaisuri Saman Uncle Seekers

Saturday, December 4, 2010
Ini sambungan dari cerita yang dulu...mama ni lambat la sikit dalam hal-hal macam ni...

KUALA LUMPUR: Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman mengemukakan writ saman memohon injunksi terhadap Syed Abdullah Hussien Al-Attas dan bapanya, Syed Hussien Al- Attas di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang kelmarin bagi menghalang mereka menyebar atau menerbitkan sebarang bentuk maklumat berkaitan rawatan dijalaninya sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis dalam blog, akhbar, buku, majalah, laman web atau risalah.

Peguam beliau, T Gunaseelan dan Anthony Sebastian pada sidang media di sini semalam berkata, Mahkamah Tinggi menetapkan 22 Disember ini bagi perbicaraan kes berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Aishah berkata, lebih kurang Jun lalu, beliau meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantu merawat masalah tekanan emosi yang dialaminya selepas defendan pertama mendakwa boleh mengubati masalah seperti itu.
Siti Aishah berkata, antara persetujuan di antaranya dan Syed Abdullah ialah beliau (Syed Abdullah) akan dibayar untuk perkhidmatannya dan bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi membabitkan Siti Aishah sepanjang proses rawatan berlangsung dan tidak mengeksploitasi dirinya dalam sebarang bentuk.

Pada November 2010, Syed Abdullah dalam blognya iaitu www.uncleseekers.blogspot.com mendedahkan apa yang dikatakan sebagai komunikasi antara saya dengannya ketika saya menjalani rawatan terbabit.

Antara butir pendedahan itu ialah gambar yang menunjukkan saya dan defendan, gambar rumah dan keluarga saya serta perkara yang diberitahu oleh saya kepada beliau, katanya.

Siti Aishah berkata, sebuah akhbar tabloid pada 27 November lalu menyiarkan artikel mengenai perbualannya dan Syed Abdullah selain memaparkan gambar dirinya dengan defendan pertama dan bapanya serta ahli keluarga masing-masing.
Keratan akhbar itu mendedahkan perkara yang berkaitan dengan hubungan profesional antara saya dan Syed Abdullah sedangkan beliau mengetahui kewajipannya untuk merahsiakan segala komunikasi antara kami berdua dan segala maklumat saya yang diketahui ketika mengubati saya.

Syed Hussien (defendan kedua) juga mengetahui bahawa Syed Abdullah memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat berkenaan kepada beliau (Syed Hussien), katanya.

Siti Aishah berkata, Syed Hussien juga memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat itu kepada akhbar itu manakala Syed Abdullah di dalam blognya mengugut untuk menerbitkan sebuah buku berkenaan hubungan mereka, menyebabkan beliau rasa dihina dan mengalami gangguan emosi yang teruk akibat pendedahan itu.

Sehubungan itu, Siti Aishah memohon supaya kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, teladan dan kos lain yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Sementara itu Gunaseelan berkata, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers mendakwa dirinya sebagai pengkaji aktiviti paranormal dan berkelayakan untuk mengubati mana-mana individu yang mengalami gangguan emosi atau tekanan mental manakala defendan kedua iaitu Syed Hussein pula lebih dikenali sebagai penulis buku genre politik.

Ini ialah kali pertama injunksi seperti ini, iaitu perlanggaran maklumat sulit (breach of confidentiality) difailkan di Malaysia dan ia difailkan atas arahan Siti Aishah sendiri kerana kedua-dua defendan telah mendedahkan maklumat sulit yang seharusnya dirahsiakan.

Tindakan ini dilakukan selepas pihak kami mendapati wujud unsur ugutan di dalam blog defendan pertama iaitu kenyataan beliau bahawa sebuah buku mengenai dirinya dan Siti Aishah akan diterbitkan untuk bacaan umum, katanya.

Beliau berkata, Syed Abdullah menerima writ saman itu pada jam 3.45 petang semalam di kediamannya di Janda Baik, Pahang manakala writ saman ke atas bapanya tidak dapat diserahkan kerana defendan kedua berada di Melaka ketika ini.



sumber : www.bharian.com

BIRTHDAY CAKE - VANILLA

Ada kawan bertanya kenapa mama tak pernah buat skirt kat kek....?Mama tanya dia balik...nape jugak nak mama pakai kek tu skirt,yang pendek ke yang kembang punya?

Kalau dah buat kek main buat je...tak berguru ini lah jadinya...manalah mama tau kek pakai skirt pula lo ni...yang mama tau pompuan eak eak je yang pakai skirt...huhu

Kebetulan ada repeat oder dari Pn.Norita so mama pun pakai la kan kek ini skirtnye...amacam geng jadi idok mama punya skirt...tempahan last sekali sebelum balik bercuti.Lambat post tak reti guna lap top orang lain...;-)

RED VELVET CAKE

Ehsan google


Bahan-bahan kek (untuk dua acuan kek diameter 8"):

1 cawan lelemak sayur-sayuran (shortening)
2 biji telur
1 ½ cawan gula
1 sudu serbuk koko
¼ cawan pewarna merah
1 sudu teh ekstrak vanila
1 sudu baking soda
1 sudu teh garam
2 ½ cawan tepung serbaguna
1 biji cawan mentega susu (boleh diganti dengan 1 cawan susu + 1 sudu perahan lemon atau cuka)

Bahan-bahan frosting (krim):
2 cawan susu
6 sudu tepung serbaguna
½ cawan shortening atau mentega
1 sudu teh esen vanila
¼ sudu teh ekstrak badam
1 cawan gula
Kelapa parut kering secukupnya untuk hiasan
Hirisan badam secukupnya untuk hiasan

Cara penyediaan:

Untuk kek:

Potong shortening kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk tahan panas. Masukkan mangkuk tersebut ke dalam microwave selama 1 minit pada suhu 350°F untuk mencairkannya.

Keluarkan mangkuk berisi shortening cair dari microwave. Masukkan telur dan gula. Putar hingga mesra.

Masukkan pewarna merah dan serbuk koko di dalam cawan penyukat. Kacau sehingga serbuk koko larut sepenuhnya. Masukkan campuran pewarna dan koko ini ke dalam adunan shortening tadi. Masukkan juga vanilla, baking soda dan garam. Putar hingga mesra.

Teruskan putaran. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan mentega susu (atau gantian susu dan lemon) sehingga habis dan tiada ketulan.

Agihkan adunan kepada dua loyang kek berdiameter 8 inci. Gunakan sudu untuk meratakan bahagian atas kek. Masukkan adunan kek ke dalam ketuhar pada suhu 350°F selama 30 minit atau sehingga masak. Uji dengan lidi untuk memastikan kek sudah masak.

Sementara menunggu kek masak, sediakan frosting (krim).

Satukan susu dan tepung di dalam periuk. Panaskan atas api sederhana besar sambil dikacau sehingga adunan menjadi likat seperti gam. Tutup api dan sejukkan pada suhu bilik.

Setelah adunan agak sejuk pada suhu bilik, masukkan shortening atau mentega sedikit demi sedikit sambil diputar. Setelah selesai, masukkan vanila, ekstrak badam dan gula. Putar hingga mesra. Anda akan mendapat satu adunan yang cair. Masukkan adunan ini ke dalam peti sejuk untuk menjadikannya kental.

Setelah kek masak, keluarkan kedua-dua kek dari ketuhar dan biarkan sejuk pada suhu bilik anggaran selama setengah jam.

Keluarkan kedua-dua kek dari loyang dengan berhati-hati. Potong melintang permukaan kek yang melengkung untuk mendapatkan permukaan yang rata. Lakukan pada kedua-dua kek.

Letakkan satu lapis kek pada pinggan kek sebagai lapisan bawah. Sapukan sebahagian frosting pada permukaan kek tesebut. Tutup lapisan tersebut dengan kek lagi satu dengan permukaan yang telah dipotong pada bahagian bawah.

Sapukan frosting pada keseluruhan permukaan atas dan kelililing kek. Hiaskan dengan taburan kelapa kering pada permukaan atas dan hirisan badam pada keliling kek.

Sedia untuk dihidangkan.

KEK LUMUT SARAWAK

Semalam mama ke rumah seorang teman...dah lama betul tak jumpa...rindu betul.Dah lama tak jumpa apa lagi berborak sakan la kami..Massa makn-makan dia keluarkan kek yangh warna hijau dan bila dimakan ,betul2 sedap...masih teringat-ingat kesedapan nya itu sampai la ni...ngeee

Mama apa lagi...minta resipi nya la...Namanya kek LUMUT...asalnya dari Sarawak ok...Nah kita kongsi resipinya kat sini..sapa-sapa yang nak cuba sila la ya...

Bahan-bahan ( TIDAK TERHAD )

  • 10 biji telur ayam
  • 2 gelas gula halus
  • 16 oz mentega
  • 1 gelas tepung almond(badam)
  • 5 gelas tepung nestum
  • 1 tin susu manis
  • 1 tin/botol jem epal
  • 1 sudu teh esen vanila/pes pandan/perahan daun pandan.
  • sedikit pewarna hijau

Cara-cara

  1. Pukul telur sehingga kembang.
  2. Masukkan gula sedikit demi sedikit .
  3. Mentega dikacau agak lembut,guna wiskh je. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur tadi.
  4. Sesudah itu masukkan tepung almond yang sudah digaul bersama tepung nestum.
  5. Akhir sekali masukkan susu, jem, vanilla dan pewarna hijau.
  6. Kukus hingga masak.
  7. Kalau mahu kek lumut tahan lama, lepas kukus selama 4 jam...bakar sekejap anggaran 5~10 minit.
Kalau dah buat nanti kirim sikait la kat mama ya...dah jatuh mengidam tak berisi la pula mama ni...ekekekek..adusss kek lumut punya penangan,kecur liur ku ini..

Cuti @ kampung

Thursday, December 2, 2010
Hujan-hujan di kampung ni tapi nasib baik tak banjir.Agak sunyi sikit sebab afiq,achik yuni dan ayieh mama ikut my Laling ke Geting,Tumpat.Dari kelmarin lagi...Si Muham pula demam masih belum baik...agak penat...dinihari tadi Muham hanya tidur kejap-kejap je...dia meracau dan merengek tak sedap badan...panas badannya,kalau tak ingat dah bawa ke klinik pagi kelmarin tentu mama dah bawa dia ke kecemasan....rasanya dalam lima kali mama lapkan badan kecilnya itu...Awal pagi tadi dia main sekarang dah tidur ,badan still panas.harap malam ni ok sikit la dari malam tadi...ada banyak cerita nak post kan tapi nanti ada masa yang sesuai mama akan berceloteh lagi...sekian salam sayang buat semua..

Blueberry cake with steam cherry...

Thursday, November 25, 2010
Second oder dari Pn. Alice ...Sempena makan-makan selepas raya Aidil Adha.Awalnya dia minta kek vanilla...tapi mama yang offer blueberry...blueberry sedap kan?


Dan seperti kek nya yang lepas dia juga mahukan kek nya kali ini di hiasi dengan steam cherry....Jangan kata anak Pn. alice yang sukakan nya...anak-anak mama pun sangat sukakan steam cherry...mungkin geram pada warnanya yang merah betul tu....
Tuesday, November 23, 2010

Cerita Uncle Seekers Dengan Bekas Permaisuri Aisyah. Betul ke?


Wahh .. hangat betul kisah nie. Banyak feedback dari blogger². Ada yang kata OK dan banyak yang kata tak OK. Entah la .. betul ke tak? Jadi .. nak tahu cerita lebih lanjut. Korang baca la sendiri nanti ye.

Ehh .. saya tak promote blog beliau tau. Just nak bagi tau .. saya pun tak pasti semua nie benar ke tak. Nanti korang sendiri lah menilaikannya ye!

Uncle Seekers Permaisuri Aisyah

Dari apa yang dah saya baca kat b tu. Rasa macam ada benda yang tak kena .. macam ada udang sebalik mee. Entah la .. Kalau betul la Uncle log tu. Seekers ada hubungan dengan bekas permaisuri Aisyah. Bagus la kalau betuull. Tapi ini tidak .. cerita lebih kepada publisiti murahan. Ada ke patut .. sampai nak cerita hal² sulit menyulit kat umum. Cuba la bayangkan. Kalau betul la anda dah sayang dengan seseorang ... adakah anda sanggup menjatuhkan maruahnya. Lebih² lagi beliau adalah bekas permaisuri Yang DiPertuan Agung. Seseorang yang dikenali ramai dan dihormati. Pelik.. memang pelik! .

ANaSTaSyeA dan mama bertanya : Apa pendapat korang?

PANDAN CAKE...WITH HELLO KITTY

Sunday, November 21, 2010


Tenggiri 3 Rasa aka Sweet n Sour

Saturday, November 20, 2010
Bila mama pegi restoran mesti mama suka amik sweet n sour punya menu...betul-betul serasi dengan tekak ku ini ah...sedap sangat.Tapi ntah mengapa masa tu langsung tak terlintas nak membuatnya....Mungkin sebaba rasa ia special so anggap la ia sangat susah nak membuatnya...Hari tu ada mama bagi tau kan ada orng minta mama buat kan sosnya aje...mau ditempah.

Sekali buat pergh! lagi sedap dari yang di restoran tu...hahaha ayat perasan niiihhh...Tapi memang sodap betui...tak boleh makan banyak sebab ia ada cuka...nak resipi dah ada dalam post sebelum ni...ke bahagian label,klik lauk pauk...n klik souce sweet n sour...tq

BIHUN SUP - SEAFOOD...MR.CRAB


Resipi Bihun sup campak...

Bahan-bahannya ;-)
sebungkus bihun
sesudu pes tomyam...takda pon tak apa
serbuk lada hitam
bawang putih
selabu bawang besar
ketam
isi ayam
telur fish ball
hot dog
daun sup dan daun bawang- mayang
daun lobak
kubis
cili merah
bawang goreng
Gula garam aji

Cara-Caranya ;-)
1.tumis bawang putih dan bawang besar...kemudian masukkan isi ayam.
2.Masukkan air dalam 2 jag...bila mendidih masukkan bihun...tggu ia lembut.
3.Masukkan gula garam aji,secukup rasa.
4.masukkan pula lauk pauk atau seafood semua sekali.bila mendidih,tutup api.
5.last baru masukkan sayur2 dan telur...

Senang dan berkhasiat...

KEK CHOC MOIST SPECIAL...PN.NORITA ARBI


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 2010

Selamat hari raya aidil adha buat semua yang sudi singgah di blog ini...
raya aidil adha tahun ini pada mama terasa agak kurang meriah sikit...kerana tidak dapat beraya di Kelantan...Kalau di sana raya haji disambut dengan meriah dan ramai sedara mara dan sahabat handai yang berkumpul,serta aktiviti korban pun merata dan setiap penjuru dijalankan dengan penuh kesedaran.

Tempahan catering dan kek juga berjalan seperti biasa...petang raya baru mama dan keluarga keluar memenuhi jemputan...Selamat Hari Raya Aidal Adha buat semua....

My Cake,Chocolate Moist

Thursday, November 18, 2010
Wah meriah betul kek mama ni yer...warna warni lagi tu...

Ganache yang direka cipta sendiri...ramai yang tanya coklat apa tu?dh masuk frezze pun tak keras-keras...

Masuk freeze dulu,takut cair...tengok tu dah meleleh kat tepi tu...ekekek

siap berbunga lagi...kasi meriah majlis orang...

Tuan punya kek Born in Nov...satu dua tiga....emmm harap mereka semua sukakannya.

Retire day Pn.Mainam M.Said

Monday, November 15, 2010






Doh Ban Manis

Sunday, November 14, 2010
bahan
A
480g tepung roti } (kakak guna 600g tepung gandum biasa utk menggantikan kedua2 jenis tepung ni)
120g tepung gandum }
110g gula
10g garam
20g susu tepung
4 sudu teh yis segera
B
1 biji telur
300ml air sejuk
C
60g mentega

cara
1. adun A hingga sebati
2. tambah B dan uli sehingga menghasilkan doh
3. campur C ke dalam doh dan terus menguli untuk menghasilkan doh yang lembut dan kenyal
4. tutup doh dengan plastik biarkan ia naik selama 50 - 60 minit atau berganda saiznya

inti kelapa

bahan
60g mentega
150g gula
1 biji telur
150g kelapa parut kering

cara
1. putar mentega dan gula hingga lembut dan gebu
2. tambah telur dan putar hingga tidak berbintil
3. campur kelapa parut dan gaul hingga sebati
4. bentuk menjadi bebola lebih kurang 25g setiap satu

Sumber : alfahanum.fotopages

Kek Coklat Fudge Crazy

Image

BAHAN-BAHAN:

250 gm mentega

2 1/2 cawan gula kastor

4 biji telur

1 cawan serbuk koko

1/2 cawan coklat cair

1 cawan air masak

1 cawan susu cair

2 sudu besar cuka

3 cawan tepung naik sendiri

CARA MENYEDIAKAN:

1. Pukul gula dan mentega sehingga kembang.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji.

3. Masukkan susu cair, air masak, cuka, koko dan coklat cair. Akhir sekali, masukkan tepung.

4. Bakar selama satu setengah jam pada suhu 160 0C. Biar sejuk dan hias dengan coklat fudge.

BAHAN COKLAT FUDGE:

1 tin susu cair

1 cawan air

1 cawan serbuk koko

4 biji telur merah

4 sudu besar tepung jagung

1 1/2 cawan gula kastor

250 gm mentega

1/4 sudu kecil garam

1/4 sudu kecil vanila

CARA MENYEDIAKAN:

Masak kesemua bahan sehingga pekat. Biar sejuk sebelum dihias atas kek.

Cik Zana n Cik Yong

Friday, November 12, 2010
Beberapa hari lepas mama ada menyiapkan tempah yang agak bnyak sikit sempena hari Ucapan Dan Penyampaian Hadiah...SKPK.Dek kerana terlampau banyak kerja yang perlu dibuat mama buat muka tak malu minta k.zana bantu mama pada hari kerja tersebut.kak Zana pula ajak Kak Yong sekali...apa lagi riuh rendah la dapur mama pada hari tersebut...

Ini Kak Yong...suaminya pensyarah Maktab Perguruan Keningau...Malunnya mama tapi seronok betul kerja hari tu...Kak Zana N Kak Yong Terima kasih Daun Keladi yer...

TeMpAhAN cHeeSe Cake

Thursday, November 11, 2010


Tempahan Hari H.U.P skpk













Ada berani ka???

Wednesday, November 10, 2010

1st Lucky Draw by HEZE SUZE

~ STICKY MODE TILL 30 NOV 2010 ~
(n3 terbaru sila scroll down)

yup uols...cik akak kita ni nak buat 1st lucky draw nie...asyik dia jek yang duk gegeh join contest & GA sana sini so tak salahkan kalo dia nak buat lucky draw khas tuk uols sume kan...hehehehe uols mesti nak join punya haha

owh ye..Lucky draw yang cik akak kita ni anjurkan senang & mudah jerk...so cekidot dot dot! haha

ok tak banner lucky draw cik akak kita ni...

ok tak mahu cakap banyak...dah dia anjurkan lucky draw ni haruss ler ada rules kan uols...don wory rules senang ajork...cekidot lagik...haha

  1. MESTI jadi follower blog http://hezesuze.blogspot.com & sila nyatakan ID follower uols ok..senang akak nak catch up.DAH
  2. Opkos kene wat 1 enty sal lucky draw nie...simple je pun Ok...DAH
  3. Letakkan BANNER di sidebar uols dan link back ke entry ni ye.DAH
  4. TAG 3 rakan uols..lebih pun takpe tapi jangan kurang haha.DAH kat bawah tuu...
  5. Akhir sekali jangan lupa tinggalkan komen di entry ni & juga email uols ok.DAH
Amacam ?? sangat mudah ...disebabkan cik akak kita ni tak boleh nak pikir nak bagi hadiah ape so dengan ikhlas dan berbesar hati nak bagi....jengjengjeng...!!!


no 4 nyer...
1.http://abah5a.blogspot.com
2.http://mamamishacottage.blogspot.com
3.http://gelagatmanusia.blogspot.com

HAHAHA ni 1st Time ni mama buat kija cam gini...nak hadiah jeng jeng tu juga ahh...hehehehe

Nasi goreng mama ala chinesse style


Dah Tak da keja ke...?pagi pagi buta,ayam pun tido lagi mama dah bergoreng nasi kat dapur...bukan apa,nasi yang ditempah oleh seorang guru untuk jamuan perpisahan selepas UPSR...penat betul goreng nasi ni...mana nak hancurkan nasi yang masih panas...nak goreng sekawah pula...ishkh...macam catering besar le sangat...kuali je tapi nak basuh pun susah...
jam 9.30 am siap hantar....alhamdulillah.

Mini Pizza


Wah sejak pandai bikin pizza kat rumahku ini sudah berbau macam kedai pizza hut gitu,ada pizza tecit...ada yang terlebih besau...and kita cuba pula mini pizza,huhuhu

Yang buat lagi gempak la pada mama yang ayu ni (muahahaha),malam tadi ada seorang teman telefon...hah!Nak tau apa dia.....dia nak tempah pizza...hikhikhik..tapi kalau tak sekarang kang bila lagi eak?

Memandangkan barang agak tak seberapa nak ada jadi mama janji mlam ni nak deliver la pizza untunya itu...Thanks atas sokongan moral mu itu cik Z!

toink toink

Wednesday, November 3, 2010

Selamat pagi sayang...pagi rabu yang ceria... Sekarang ni mama sedang menyiapkan gubahan bunga yg ditempah oleh kawan-kawan..kalau dah buat keja ni keja lain terbengkalai la...tapi mesti juga buat sebab dah lama tuan nya dok bertanya....dah pandai menerima mesti juga pandai memberi...harap hari ini semuanya pasal bunga-bunga-an mama ni boleh selesai...salam buat semua.

Gubahan Seni Ku..emmm

Monday, November 1, 2010




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails