Sudah masuk minggu ke-3 mama di KL...Ibu sakit tenat dan KakLong bawa ibu untuk rawatan di KL...Colombia Asia Hospital ibu dirawat dan dengan tanggungan sendiri...sebabnya dari awal ibu tidak dapat buat insurans untuk dirinya,sebab mengidap kanser servik...namun alhamdulillah setelah buat CTScn baru-baru ni doktor sahkan kanser ibu 100% luput sejak 16 tahun lalu...masa tu mama upper six...tengah ibu sakit n dibawa ke KL n pada masa yang sama mama sibuk nak menduduki STPM...
Sorang-sorang kat umah tu...nak tak nak kena juga study maut,coz mama ni jenis suka wat kija last minit....Tambahan pula masa tu sibuk diperkatakan orang Kat KHUZA masa tu ada hantu kum2...Seram juga...sobabnya penakut...Tapi kuatkan juga hati sebab nak meraih kecemerlangan dalam STPM...
Kesihatan ibu bertambah baik...namun masih nampak keadaan lemah dirinya dan sakit yang ditanggungnya itu...Mama bawa anak-anak mama,Achik Yuni,Abang Ayieh N Alif Muham...Sungguh pun diaorang ni kaki buat kecoh namun ia adalah terapi buat ibu...Senyum selalu di bibir Cik Melihat keletah cucu-cucunya ini...
Harapan mama buat Cik,ibu mama nan sorang ni semoga sembuh dan panjang umurnya...Sayang dan kasih buat ibu tiada ternilai...banyak pengorbanan ibu lakukan dalam membesarkan kami,selepas ketiadaan arwah Ayah...
Sahabat Blogger @ Kelab Blogger : Hooda
1 day ago









