Selamat pagi semua...malam tadi Cik Nur call mama,borak bukan main sakan ni...pasal raya-Selamat Hari Raya....Last baru dia bagitau nak tempah Sos Sweet n Sour,untuk sambutan hari raya kat sekolahnya...Mulanya dia minta masak paprik tapi dah tengah malam...barang mentah tak mencukupi...Nak pula minta tumpang Kak Jah jiran mama yang satu sekolah dengannya,nak jalan 8.30am tadi..Alhamdulillah siaplah dengan segala benda yang ada dan....pinjam cili merah 3 biji ngan K.Jah,hikhikhik
Sweet N Sour Souce :-)
3 senduk penuh Sos cili
(kalau nak kurangkan sos dan bajet boleh guna separuh cili boh)
2 labu Bawang Besar - potong dadu/cincang
1/2 batang carot- belah dua slice sederhana nipis
2 biji tomato -potong dadu besar
1 batang mentimun - belah 4 slice tebal
1 tin nenas kiub -cincang sket ya..
1 senduk Minyak masak
2 sudu tepung jagung - larut dalan 1/2 cawan air
Gula Garam dan Cuka - secukup rasa
Cara-Caranya ;-)
1.Panaskan minyak dalam kuali,tumis bawang besar dan carot hingga sedikit layu.
2.masukkan sos cili @ cili boh hingga pecah minyak.
3.tambahkan air,sampai mendidih
4.tambah gula,garam dan cuka secukup rasa.
5.Sambil mengacau perlahan-lahan tuangkan air tepung jagung.agar ia tidak berketul kacau sampai sos mendidih dah berkilat-jika tak pekat just add air tepung jagung for more..dalam sesudu begitu.
6.bila sos sudah pekat dan secukup rasa masam manisnya,bolehlah dimatikan api dapur dan masukkan potongan mentimun,nenas,tamato...atau aksesori lain yang bersesuaian seperti lada bengala,bunga kubis dsb.
Sos ini boleh digunakan bersama ikan,isi ikan goreng tepung,ayam dan lain-lain yang disukai dan bersesuaian dengan selera masing-masing.
Selamat mencuba...
(MAMAMISHA : Homemade Catering, Biscuits And Cakes) Hidup ini cuma sekali entah kapan bila masanya kita akan dipanggil mengadap Illahi.. khas buat semua di sekeliling mama..Salam penuh kasih sayang tanpa batas dan waktu...
Be Part of My Life
IMPIAN MAMA {MAMAMISHA}
Advertisement
Hai Hello kepada Semua Pelawat Baru...I Know U r TheRe!!
Dah lama betul Mama tak peduli dengan blog in...Selain sibuk dan kepenatan dengan segala macam,terasa malas untuk online...Tapi hari ini Mama ada masa terluang jadi blog pun sudah terurus la sikit...Harap kepada semua yang sudi menjengah tu minta maaf atas kekurangan yang ada ye..Sekarangg baru la nampak...Banyaknya cerita dan gambar-gambar yang tak berkesempatan untuk di update kan tu...
Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...
Tidak dilupakan Khas Buat My Laling Tq A Lot coz sudi meluangkan masa menggantikan template baru buat Mama...
Cup Cake...i like it
at
9:15 AM
Thursday, September 23, 2010
Ditempah oleh seseorang untuk seseorang...hehehe.Kadang-kadang terfikir sendirian diri ini bila mana menatap gambar-gambar kek,cup cake dan juga gubahan-gubahan yang mama buat.Besar sungguh anugerah dari Allah buat diri hambaNya ini....Sungguh dalam di sudut hati mama kadang rasa tak percaya semua ini adalah dari air tangan mama...yang tak pernah belajar dari orang lain atau sertai mana-mana kelas pun.
My Biskut Raya 2010
at
10:23 AM
Tuesday, September 21, 2010
Selamat Hari Raya yang ke12...hari ini mama nak amik kesempatan berceritakan perihal biskut raya mama buat tahun ini...masa dok buat hari tu mama betul2 sibuk,mana nak fokus kat biskut,kat katering dan juga sibuk dengan berniaga di tapak ramadhan,jual nasi kerabu la...betul-betul diselubungi kesibukan tahap maksima gitu...sampai mama tahun ni langsung tak dapat cari baju raya...ngeee
Balik kita bercerita pasal biskut raya pula...untuk tahun ni sebanyak 20 jenis biskut yang berjaya mama buat dan jualkan.Alhamdulillah dengan pertolongan seorang kakak ku ini Kak Zana,banyak juga lah biskut yang dapat disiapkan sebulan sebelum puasa...masa bulan puasa,lebih kurang dalam dua minggu awal puasa K.Zana masih sudi datang menghulurkan pertolongan buat diri mama ini...hai tak boleh nak cakap macam mana mama nak ucapkan terima kasih yang betul tulus ikhlas buat K.Zana mama ni...
Nak tahu kenapa?K.Zana tolong mama tanpa berbayar...hanya pada Allah mama pohon atas segala kebaikan buat diri K.Zana serta ahli keluarganya.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 2010
at
9:08 PM
Sunday, September 19, 2010
Selamat hari raya Aidil fitri khas buat semua...semoga aidil fitri tahun ini membawa lebih keberkatan kepada kita semua...Kononnya tahun ini kaler temanya cream....dek kerana terlalu busy ngan biskut raya mama telah terlalai dalam peri hal baju raya ahli keluarga...so jadi lah hijau cream...
.jpg)
Apapun sebelum keluar....kami sempat bergambar...sempena raya tahun ini...
.jpg)
Aksi manja ayieh n achik...standby nak pi kutip duit raya la ni...hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)
Side
Video
Total Pageviews
Love About Choc??

Kek Choc Moist Special...><1.8kg~RM48
Family Names Plaq With Roses Decal

Contact me if interested:::ONLY RM69 /set
ENGLISH COUNTRY

Kepada yang berminat boleh membuat tempahan...Bayaran boleh dibuat melalui Acc Maybank 153029155002.tq
Popular Posts
-
ASSALAMUALAIKUM..... sumber kat SINI ..semoga info ini bermanfaat.. Tepung protin tinggi - digunakan untuk membuat roti kerana...
-
Sejak akhir2 ni terasa hidup ini bagai kan diawang2an....diri dimamah usia...penyakit jg sudah pandai datang menyinggah...😜😜😜 Nama pon h...
-
Dulu nenek mama buat roti canai....sekarang dah usia emas ini dah tak larat lah dia nak menguli roti canai lagi...tapi pernah mama dan famil...
-
Kentang sangat sesuai untuk anak2 yang sedang membesar kerana kandungan kabohidratnya yang tinggi dapat membekal tanaga untuk mereka.Terdapa...
-
Bahan A: 250ml UHT Whipping Cream (dairy fresh cream ) 250g cream cheese 200ml susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis) Bahan...
-
Dalam cuti sekolah kali ni mama hanya berada di rumah...minggu pertama cuti Achiq Yuni tuisyen ...Jadi mama amik la tempahan dari Azah...Kat...
-
Kek Choclate Indulgance Katanya...sume suka and Bapa nya yang tak suka kan kek pun suka juga...Mama betul-betul puas hati... Ini tahun ...
-
Suatu hari yang hening mama masa zaman sekolah2 dulu time ada kelapangan,mama akan menonton tv...jarang nengok tv sebenarnya...kalau menungg...
AWARDS

From E-Na ..tenkiu...friend 4ever
RSS feed
mp3 ~ Enjoy it
Powered by Blogger.
About Me
Facebook Badge
counter
THANK YOU EVERYTHING...
Categories
- Basuh Tangan (29)
- BISKUT (8)
- CUP CAKE (10)
- Decoupage (1)
- EnGLisH CouNtRy Ku (8)
- Flower arrangement (8)
- KEK (72)
- kuih muih semalaysia (6)
- LAUK PAUK (13)
- makan makan (3)
- MEE (3)
- memorable (13)
- n (1)
- Nasi (12)
- Noodle (1)
- PASTA (1)
- PASTRY (1)
- Pizza (5)
- PUDING (7)
- recipe (18)
- Roti (10)
- Snek aka kerepek (1)
- TART (1)
- TEmPaHaN (6)
INTERESTING PAGES
-
-
Goodnight, Sleep Tight1 week ago
-
-
-
-
JADUAL KURSUS 20205 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Order10 years ago
-
-
-
-
-
-
Jom Ke Umah Baru Kami!....^_^14 years ago
-
-
-
-
-
-